Thursday, April 7, 2011

From The Kitchen: Udang Kunyit Bertelur

uish..penat giler setelah setengah hari menapak di klinik...pas rehat tengahari operasi makan-makan kat ofis (ada potluck..), skarang baru masa untuk mengupdatekan entry.. so arini entry masak-masak..ni resepi sendiri..simple dan bahan-bahan mudah nak didapati... haha udang kunyit bertelur...hehe..nama agak pelik...telur tu telur ayam yek..buakn guna udang yang ada telur..kang jenuh carik udang yg ade telur jek...


Bahan-Bahan

1/2 kilo udang segar
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
2 biji telur ayam
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara

1.Gaulkan udang dengan kunyit serbuk sehingga sebati.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali (nak guna butter pun boleh). Masukkan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan udang yang digaul dengan kunyit dan kacau hingga udang separuh masak.
3.Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau dengan adunan tadi. Masukkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Bila udang  dan telur hampir masak masukkan bawang besar (boleh letakkan hirisan cili merah tapi budak-budak ni takut tengok cili... pedas.. bak kata hadi....)
4.Kemudian hidangkan.Makan panas-panas sodap.......

huhu resipi simple bagi yang memiliki deretan askar-askar yang suka menolong di dapur...

selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...