Monday, January 20, 2014

Legoland...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sabtu lalu...dalam sibuk-sibuk sempat juga terjah legoland...
kering poket beli tiket..
bila budak2 nak beli lego...huhuhu..tak dapat la..beli yang RM10 je..hehehe..
rasanya diorang puas hati dengan 15 game dan 1 movie yang diorang layan..
aku penat gila sampai krem betis..dah la kene drive pergi balik..
nasib la transit kat yong peng..rumah nekcu..

pada siapa-siapa yang nak pergi aku pon tak tau nak advise ape..
masa kitorg masuk tu..agak ramai orang...so memang panjang gila beratur utk setiap game..1jam baru dapat main 1-2 permainan...tapi bila petang lepas lunch..dah lengang...tu yang pulun sampai 15 permainan..
hehehe..so datang la lepas anda lunch..makan banyak-banyak sebelum masuk..

walau ape pon..aku rase sangat berpuas hati..rasa macam nak pergi lagi...tapi lepas ni kene buat target awal-awal..jadikan hadiah ke ape ke..bagi motivasi utk budak2 belajar..
ni serba sedikit gambar yang dapat dicuri...

depan kaunter tiket...

permainan pertama yang di cuba..hadi cuak gila..3kali mohon tarik diri..tapi kene paksa gak..

tourist guide sedang semak peta..budget la sangat dengan peta dia tu...

Tuesday, January 14, 2014

3x Hari Keputeraan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
selamat kembali bertugas kepada mereka yang bercuti semalam..
dan selamat bercuti kepada rakyat negeri sembilan..
semalam 14 Januari 2014 merupakan tarikh yang penuh bersejarah...hehehe..
secara kebetulan merupakan hari keputeraan bagi 3insan..

1. Nabi Muhammad S.A.W..

2. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan..

3. Muhammad Hadi Naeem...anak aku la..hehehe..kesian die sbb masa nak lahir dia lahir di JB..panjang ceritanya..

pada awal dec 2009 wife dah masuk hospital kuala pilah...tapi hampir sebulan lepas tu keluar sbb macam dah ok...wife pon travel la balik ke bandar penawar..hari pertama kerja terasa sakit ..pergi klinik dan dimasukan ke hospital.kota tinggi...keesokannya aku bergegas ke JB dan pada masa yg sama dia dipindahkan ke hospital di JB..dan Hadi pon dilahirkan pada 14Jan2010 (sama dengan keputeraan Yang Di Pertuan Besar yang pertama sebagai Yang Di Pertuan Besar)...keesokannya keluar hospital dan pulang semula ke negeri sembilan...dia memang sengaja balik untuk lahir sahaja..kalau la lahir kat negeri sembilan..mesti ada umm sket...hehehe...

ni serba sedikit gambar parti kejutan..bukan utk hadi..tapi dia paksa buat parti jam-jam tu jugak..mengamok dari pagi...terpaksa la buat..hehehe..






p/s : gambar tak jelas guna henpon je..

Sunday, January 12, 2014

Hujung Minggu yang Panjang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hujung minggu ni berasa sangat panjang.......eh ke singkat je?
aku pon tak faham..orang lain 2 hari je cuti...aku bedal 3hari..
johor cuti jumaat-sabtu...negori cuti sabtu-ahad...aku cuti jumaat-sabtu-ahad...

cerite nye pendek je..sebab masa panjang kat hari cuti..

jumaat pagi datang umah parent, melawat arnab bersalin, dapat 5anak buah lagi...makin bz la atok jaga arnab..hehehe..

pastu mak dengan abah plan nak g lawat saudara sakit kat kluang..tetiba aku terjoin pulak..gi kluang..dapat la melawat akak nenek kene strok dan sepupu abah yang kena kenser..pastu singgah rumah adek nenek dan singgah rumah nenek belah mak pula...abis 1hari..

sabtu pula lagi menyedihkan..dalam pukul5 petang dapat panggilan, nenek wife meninggal dunia...kami pon terus bergegas ke setiu...sampai dalam pukul4 pagi...lewat bertolak dari serting sbb ke seremban ambil adik dulu...

ahad pagi..tunggu jenazah diuruskan dan kebumi pukul11...pastu terus balik ke serting...

pagi ni...terus ke sekolah...sampai lewat walaupon keluar pukul6...ngantok...

minta sama-sama sedekah al-fatihah untuk arwah nenek wife..al-fatihah...

Wednesday, January 8, 2014

Oh..penatnya sekolah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sempena minggu pertama persekolahan ni..nak cerita sikit pasal Hadi yang baru memulakan alam persekolahan..


Nampak macam penat sangatkan..sampai terlena dalam buai...padahal ni baru balik pendaftaran je...bukan ade aktiviti pon..dah penat macam ni...hehehe...

Semalam tengahari..

Aku : Hadi berlajar ape harini..? (perihatin skit..)
Hadi : emmm...dah lupa la..
Aku : baru sekejap dah lupa..?
Hadi : haaa...dah ingat..
Aku : belajar ape..?
Hadi : sama macam kakna..
Aku : kakna belajar ape..?
Hadi : sama macam saya la...
Aku : ......

Waktu malam pula..

Hadi : zip beg dah rosak..
Mama : takpa pinjam beg kakak..beg ni die belum guna..
Hadi : takpe, esok saya minta cuti kat cikgu..
budak sekolah pon dah pandai nak minta cuti tahun...sape la yang biase buat ni...hehehe...


Tuesday, January 7, 2014

Kan Bagus Kalau..

Tahukah anda, kenapa Man City sanggup berbelanja besar untuk membeli Fernandinho?
Beliau adalah pemain termahal musim , walaupon beliau bukan penyerang yang biasanya berharga tinggi..
Sempena perlawanan separuh akhir menentang West Ham Utd malam ini..mari kita singkap persoalan ini dari kaca mata orang Malaysia..

Aku rasa sebab utamanya adalah YAYA..dengan fizikal yang cukup baik..yaya ni seorang pemain yang berbakat besar..pada asal kemasukan tak nampak sangat sebab dia banyak bermain sebagai defensif midfilder...tapi bila dibuka ruang untuk menjadi attacking midfilder..lagi la meletop-letop..aku banyak terbaca pasal yaya ni season lepas..rata-rata memuji kehebatannya walaupon kekadang tengok dia main kita pon jadi penat...bila takda bola nampak sangat penat...tapi bila dapat bola macam tak penat langsung..

Orang Malaysia khususnya orang Melayu selalu cakap "kan bagus kalau ada..."bila dah ada kita akan cakap pula "kan bagus kalau ada dua..."Aku pernah berkata dalam hati..kan bagus kalau ada 2 YAYA dalam team city...aku rasa atas dasar yang samalah pihak pengurusan City sanggup berbelanja besar untuk membawa Fernandinho...pada asalnya ramai was-was...tapi sekarang dah nampak sedikit sinar..jika gandingan ni terus meletop...tak boleh disangkal jika City akan berjaya mengucup lebih dari 1 piala tahun ni...

Hehehe..ni sekadar pendapat...yang tak minat City harap maap...huhuhu..

Monday, January 6, 2014

Belgium vs EPL

Menjelang piala dunia..semua orang dah mula sebok membincangkan tentang ramalan dan pasukan yang mempunyai kekuatan untuk merangkul piala yang paling berprestis dalam arena bola sepak..

so aku pon nak ulas sikit tentang pasukan yang mungkin orang tak perasan..namun kepada peminat setia EPL tidak kira pasukan mana...anda pasti kenal semua atau hampir semua pemain yang aku senaraikan di bawah ini..sedar atau tak..pemain-pemain belgium ini boleh membentuk pasukan impian...ini tidak termasuk pemain yang tidak bermain di EPL..so aku rasa Belgium boleh memberi impak atau kejutan untuk edisi kali ini..dengan pengalaman dan usia yang masih muda..pasukan belgium boleh jadi satu pasukan yang disegani



Pos. Player Date of birth (age) Caps Club

GK Simon Mignolet  6 August 1988 (age 25) 14    England Liverpool

DF Vincent Kompany  10 April 1986 (age 27) 56    England Manchester City

DF Thomas Vermaelen   14 November 1985 (age 28) 46    England Arsenal

DF Jan Vertonghen  24 April 1987 (age 26) 54    England Tottenham Hotspur

MF Kevin De Bruyne  28 June 1991 (age 22) 19    England Chelsea

MF Marouane Fellaini  22 November 1987 (age 26) 47    England Manchester United

MF Eden Hazard  7 January 1991 (age 22) 42    England Chelsea

MF Mousa Dembélé  16 July 1987 (age 26) 55    England Tottenham Hotspur

MF Nacer Chadli  2 October 1989 (age 24) 18    England Tottenham Hotspur

FW Christian Benteke  3 December 1990 (age 23) 17    England Aston Villa

FW Kevin Mirallas  5 October 1987 (age 26) 42    England Everton

FW Romelu Lukaku  13 May 1993 (age 20) 26    England Everton

PJJ - Keperluan, Kehendak atau Gaya Hidup..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
tiba-tiba hari ni nak bincang perkara serius..

merujuk perkara di atas (macam surat rasmi pulak) pada pandangan anda, adakah ia satu keperluan, kehendak atau gaya hidup..PJJ yang dimaksudkan adalah perhubungan jarak jauh, perkahwinan jarak jauh dan ada yang bagi istilah weekend husben dan sebagainya..

perkara ni tiba-tiba bermain semula difikiran selepasa adek aku berkahwin baru-baru ini..melihat kepada situasi..nampaknya mereka akan lalui seperti apa yang kami lalui dan adek aku yang seorang lagi lalui..

aku mula berjauhan sejak 2009 bila wife dapat tawaran berkhidmat di kolej komuniti bandar penawar, manakala aku masih bekerja di JB, tak lama lepastu aku berpindah ke serting,N9..jauh gila rasanya..memang mustahil nak balik setiap hari..tp awal 2010 wife dpt pindah ke kolej komuniti jempol,sebaliknya aku pulak yg dapat tawaran KPLI di lembah pantai,KL..rentetan itu aku di postingkan pula di tangkak..pada awalnya aku sewa rumah di tangkak..tapi macam tak sedap...so aku pon ambil keputusan untuk berulang setiap hari sejauh 80km..

kalau melihat adek-adek aku ni lebih jauh..adek ketiga suami dia di Klang sejauh lebih 150km..adek yang baru kawin ni di Melaka dan suami di Selangor dengan jarak lebih 100km..

tapi yang paling hebat makcik di senawang...suami bekerja di bintulu...huh...so keperluan atau kehendak?atau memang sudah menjadi trend masyarakat kini..walau apa pon ini semua adalah pengorbanan yang terbesar untuk keluarga..harap-harap usaha keras ini akan terbalas untuk semua..




Sunday, January 5, 2014

Macam Gugup je..Macam Cemas je...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Al-kisah baru nak masuk sekolah..Tahun ni pengalaman 2 org anak baru masuk sekolah..Hadi umur 4tahun baru masuk tadika..Wahidah pula masuk darjah1..

hari ni nak cerita pasal Hadi..sebelum masuk sekolah nampak nerves gila...tapi bila dah masuk dah hilang...gaya dah macam senior..masa dalam kereta aku pesan.."kak na, nanti dalam kelas duduk sebelah hadi..die macam takot je.."khairina jwab.."tak boleh..laki duduk meja lain..perempuan duduk meja lain.."maka bertambah cuak la si hadi..die pon cakap.."kak na, nanti bgtau kawan kawan laki awak, ada murid baru dalam kelas..."hehehe...nak suruh org berkawan dgn dia la tu...die nak tegur orang penakot...sekali dah kat sekolah...kawan kak na tengok die..maklumla budak baru...die pon cakap.."eh, kenapa awak intai budak lelaki.."hehehe..berani pulak tu..

macam-macam ragam budak sekolah...nasib la bebudak ni tak melalak, meraung macam sesetengah budak lain..esok cerita pasal wahidah pulak..ada hati nak jadi pengawas..

Saturday, January 4, 2014

Jumaat = Cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera..lama betul tak berblog..
Azam tahun baru nak rajen sikit berblog...hehehe...

Jadi dengan rasminya pada 3jan2014 rakyat negeri Johor telah bermula cuti pada hari jumaat..
macam-macam keluhan yang di dengari..ade yang positif ada yang negatif..
banyak yang positif banyak lagi yang negatif..antara yang paling tak suka ialah orang yang kekal bercuti sabtu-ahad tetapi anak2 cuti sekolah jumaat-sabtu..
berbeza dengan aku...aku bercuti jumaat-sabtu..anak-anak dan isteri bercuti pada sabtu dan ahad..

Aku ada terdengar ibu bapa yang cakap..susah..masa cuti anak sekolah..tak boleh berehat..walau pon cuti, kena keluar hantar dan ambil anak ke sekolah...dan ade juga yang bimbang..bila anak2 bercuti...tiada siapa yang jaga anak dirumah..tapi bagi aku agak tiada beza..namun bila dah lalui jumaat cuti yang pertama..aku dapat rasakan kesan-kesan positifnya..bila kita sebok bekerja..ada tak peluang jenguk anak ke sekolah?dah tentu takda..so jumaat lepas..aku dapat rasa peluang tu...bangun awal pagi..hantar wahidah yang baru masuk tahun 1..sampai dalam kelas lagi...ambil masa tengok keadaan dia kat sekolah...pukul8 pula..hantar khairina dan hadi yang baru masuk tadika..dengar taklimat oleh guru dia sampai la pukul9...petang pulak lepas solat jumaat daftar wahidah sekolah agama..(solat kat masjid depan rumah..biasa kalau kerja solat kat masjid mana2 yang sempat...hehehe..)so...pada diri aku dan keluarga..ada positifnya hari cuti aku berbeza dengan mereka..

Ada pula orang cakap...bila jumaat cuti dapat luangkan banyak masa beramal ibadah...dan ada masa untuk ke masjed utk solat jumaat..yang ni aku rasa macam was-was sikit...pada yg memang begitu bagus la..tapi aku risau ramai pula yang semakin tak ke masjid...maklumlah bila dah berehat kat rumah...langsung tak sedar dah nak masuk asar...biasa kalau cuti sabtu-ahad..kita akn bertolak sabtu dan balik ahad kalau nak travel..so kalau jumaat-sabtu?so aku rasa makin ramai la yg tak jumpa masjid pd hari jumaat...hehehe..

ni sekadar pandangan je...baik buruk sesuatu perkara sama-samalah kita fikir sebelum buat...setiap perkara ada pro and con nye...selamat bercuti kepada kawan yg cuti hari ahad..aku dah kat sekolah harini..hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...