Friday, January 6, 2012

Al-Fatihah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...agak lama tak update blog dan kali ni terasa nak update sangat....tapi ni kisah sedih...semoga jadi peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...

ajal dan maut di tangan tuhan..bersedia atau tidak...jika dah sampai..ia takkan terlewat walau seminit pon...ini kisah tentang kepulangan 3insan menyahut seruan Illahi..dalam 2 kejadian berbeza...

untuk pengetahuan...aku adalah anak sulung..rumah parent aku no49..

kisah 1..
hari ini 6jan 2012...anak sulung jiran parent aku(rumah no48) dan suaminya telah terlibat dalam kemalangan...kedua-duanya dijumpai telah meninggal dunia subuh tadi...arwah dikatakan selalu menjadi imam di masjed tentera kem lumut...pasangan ini meninggalkan 3 orang anak berusia diantara 3 hingga 6 tahun...berita mengenai kemalangan ni boleh baca disini..

http://mynewshub.my/2012/01/06/suami-isteri-maut-kereta-tercampak-ke-dalam-parit/
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/01/suami-isteri-maut-kereta-tercampak-ke.html
http://infoklasik.blogspot.com/2012/01/suami-isteri-terbunuh-kereta-masuk.html

kisah 2..
pada 26dis 2011...suami kepada anak sulung jiran 1 lg(rumah no47)juga maut dalam kemalangan di juasseh...ustaz di sebuah sekolah kebangsaan ini dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai KDC...dikatakan kelisa yang dipandunya bertembung dengan sebuah hilux yang gagal memintas sebuah kenderaan lain...kemudian sebuah proton wira pula melenggar bahagian belakang kelisa tersebut...arwah meninggalkan 4 orang anak berusia diantara 6 hingga 12 tahun...

jika dibandingkan dengan aku seorang yang sangat cetek ilmu agama...terasa sangat takot untuk menghadapi hari ketentuan Illahi ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...