Sunday, February 27, 2011

pengukuhan +ve, poket -ve..


akhirnye setelah lebih 6 bulan membuat permohonan lisan...aku x sampai ati gak...kering2...pon korek2 jugak...beli kan juga bebudak ni katil tingkat...siap demand lagi kat kedai perabot...tauke tu tunjuk katil slide...tak nak...siap cakap...saya nak 2 tingkat...dah tunjuk katil 2 timgkat besi...tak nak jugak...saya nak ada kartun...bukak la katalog pulak...nak warna pink...ambik la minie mouse...sekali tauke tu boleh kate..ade dah pasang...ha..belari naik tingkat 2 nak tengok real punya...sudah nye...nak bawak balik terus naik myvi...mane muat...aduh...nasib ade lori tengah parking...boleh kelentong...puas ati la akhirnye bile dah sampai rumah...ingat dah setel..rupenye die ingat ade buku ngan permainan mcm dalam katalog...sape nak bagi...mane ade pakej...sudah nye aku suruh susun mainan ngan buku memasing...dah mcm kapal layar pon ade...

Wednesday, February 23, 2011

50% pendapatan isi rumah untuk pendidikan anak-anak?



“In my country, it’s NORMAL for parents to spend more than 50% of the family’s monthly income on our children’s education. It’s the same for you MALAYSIANS too right?”- seorang sarjana dan penyelidik pakar dari Korea Selatan.

Alasan
Apakah alasan kita? Kenapa kita masih tidak mampu membelanjakan sepertiga atau separuh pendapatan bulanan untuk si kecil kita?

Bolehkah?
“50% pendapatan untuk pendidikan? Nak bayar kelas tuisyen sekolah pun orang kita banyak berdalih. Tapi saya tengok dalam banyak rumah tentu ada ‘game’ macam PlayStation segala. Ada koleksi DVD untuk hiburan. Tapi kalau buku? Saya tak berani cakap.”

Tahun-tahun awal si kecil (0-6 tahun) sebenarnya memerlukan pelaburan yang amat besar demi menjamin tumbesaran dan perkembangan yang positif lagi elok. Jadi, bukankah kita tidak boleh terlalu berkira tentang soal kewangan apabila memikirkan pendidikan si kecil praformal? Mengapa keutamaan perbelanjaan unit keluarga lazimnya kurang memberi fokus kepada sfera pendidikan? Adakah ini disebabkan alasan bahawa wang tidak cukup atau kerana sikap ibu bapa?

Tauladan
“Saya rasa benda baik macam ni kita kena jadikan teladan. Kalau berkemampuan tak ada salah untuk belanja banyak. Lagi pun semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hantarlah ke kelas tambahan atau apa saja yang perlu demi kebaikan anak-anak.”

Memang benar, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi si kecil praformal 0-6 tahun yang sedang aktif belajar dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Tanpa rangsangan yang cukup, sudah tentu daya pemikiran mereka akan menguncup dan tidak dapat mencapai sepenuh potensi diri.


Ubah Paradigma

Sikap kita yang negatif serta pemikiran yang tidak produktif berkenaan perbelanjaan pendidikan si kecil perlu diubah serta-merta. ‘Mentaliti subsidi’ di mana kita mahukan pendidikan yang terbaik buat si kecil TETAPI kita tidak mahu berbelanja (melabur) ke arah itu juga suatu mentaliti yang amat buruk dan memalukan negara kita Malaysia.

Semoga dengan ketibaan 2011 ini kita semua akan dapat menambah pendapatan keluarga dan dapat membuat perbelanjaan yang lebih demi pendidikan si kecil. Moga-moga dengan izin Tuhan yang berkat usaha kita sebagai ibu bapa yang prihatin, si kecil akan terus maju ke depan.

Tuesday, February 22, 2011

Tip Menangi Hati Si Kecil!


*Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.

*Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.

*Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.

*Selidik dahulu perkara sebenar.

*Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.

*Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.

*Jadilah rakan karib kepada anak-anak

*Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan. Jika berjanji, jangan mungkiri.

Kejayaan Kewangan 2011 Amalkan Formula S.E.B.E.L.A.S.


Tahun 2011 telah pun tiba. Bagaimana prestasi kewangan anda pada tahun lepas? Adakah anda berjaya mengharungi dan menangani segala masalah kewangan yang dihadapi? Bagaimana pula dengan prestasi pelaburan anda? Tidak kira bagaimana keadaan kewangan pada tahun lepas, tahun 2011 sepatutnya memberikan anda peluang baru untuk merancang kewangan dengan lebih bijak.

Artikel kali ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk anda mencapai kejayaan pengurusan kewangan. Formula S.E.B.E.L.A.S. ini direka khusus membantu anda menetapkan matlamat kewangan sempena tahun baru ini :

S = Simpan untuk diri (dan keluarga) anda dahulu! Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, pada tahun 2011, berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu. Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahuntahun berikutnya.

E = Elak pembaziran (Economise) – Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel. Tambahan pula, kebanyakan pasar raya besar sekarang menyediakan “house brand” yang berkualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan.

B = Bajet – Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

E = Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas di fikiran anda - kereta baru, perabot baru, bercuti dan sebagainya. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada. Inilah masa terbaik untuk anda melangsaikan segala hutang kad kredit anda sekaligus. Jangan berlengah lagi dan bayar segala hutang-piutang yang ada. Percaya atau tidak, hidup anda akan menjadi tenang jika anda sudah melangsaikan hutang.

L = Libatkan si kecil - Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau
tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.

A = Awasi skim pelaburan tidak sah. Mungkin anda sudah tahu yang melabur adalah cara terbaik untuk mengembangkan wang sedia ada. Melaburlah dengan pihak-pihak yang berlesen dan berwaspada dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim pelaburan tidak sah yang terdapat di pasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkan untung berlipat kali ganda dan mendakwa tiada risiko yang terlibat jika anda melabur dengan mereka, mungkin itu adalah syarikat yang tidak sah. Pastikan anda memeriksa sama ada sesuatu syarikat itu berlesen ataupun tidak dengan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum menyerahkan wang titik peluh anda kepada mana-mana pihak.

S = Sediakan dana kecemasan – Dana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.

Kejayaan dalam pengurusan kewangan 2011 bergantung kepada usaha anda! Jika anda perlukan sedikit inspirasi, lihatlah pasangan yang tersayang, dan jika masih belum mendapat ilham, lihatlah muka si comel anda. Lakukanlah yang terbaik untuk diri, pasangan dan keluarga demi mencapai kejayaan dalam pengurusan kewangan anda. Semoga tahun 2011 memberikan anda sekeluarga keadaan kewangan yang lebih stabil.

Monday, February 14, 2011

Pediatrics report details risks from energy drinks

CHICAGO – Energy drinks are under-studied, overused and can be dangerous for children and teens, warns a report by doctors who say kids shouldn't use the popular products.
The potential harms, caused mostly by too much caffeine or similar ingredients, include heart palpitations, seizures, strokes and even sudden death, the authors write in the medical journal Pediatrics. They reviewed data from the government and interest groups, scientific literature, case reports and articles in popular and trade media.
Dakota Sailor, 18, a high school senior in Carl Junction, Mo., says risks linked with energy drinks aren't just hype.
Sailor had a seizure and was hospitalized for five days last year after drinking two large energy drinks — a brand he'd never tried before. He said his doctor thinks caffeine or caffeine-like ingredients may have been to blame.
The report says some cans have four to five times more caffeine than soda, and Sailor said some kids he knows "drink four or five of them a day. That's just dumb."
Sailor has sworn off the drinks and thinks other kids should, too.
The report's authors want pediatricians to routinely ask patients and their parents about energy drink use and to advise against drinking them.
"We would discourage the routine use" by children and teens, said Dr. Steven Lipshultz, pediatrics chairman at the University of Miami's medical school. He wrote the report with colleagues from that center.
The report says energy drinks often contain ingredients that can enhance the jittery effects of caffeine or that can have other side effects including nausea and diarrhea. It says they should be regulated as stringently as tobacco, alcohol and prescription medicines.
"For most children, adolescents, and young adults, safe levels of consumption have not been established," the report said.
Introduced more than 20 years ago, energy drinks are the fastest growing U.S. beverage market; 2011 sales are expected to top $9 billion, the report said. It cites research suggesting that about one-third of teens and young adults regularly consume energy drinks. Yet research is lacking on risk from long-term use and effects in kids — especially those with medical conditions that may increase the dangers, the report said.
The report comes amid a crackdown on energy drinks containing alcohol and caffeine, including recent Food and Drug Administration warning letters to manufacturers and bans in several states because of alcohol overdoses.
The report focuses on nonalcoholic drinks but emphasizes that drinking them along with alcohol is dangerous.
The American Association of Poison Control Centers adopted codes late last year to start tracking energy drink overdoses and side effects nationwide; 677 cases occurred from October through December; so far, 331 have been reported this year.
Most 2011 cases involved children and teens. Of the more than 300 energy drink poisonings this year, a quarter of them involved kids younger than 6, according to a data chart from the poison control group.
That's a tiny fraction of the more than 2 million poisonings from other substances reported to the group each year. But the chart's list of reported energy drink-related symptoms is lengthy, including seizures, hallucinations, rapid heart rate, chest pain, high blood pressure and irritability, but no deaths.
Monday's paper doesn't quantify drink-related complications or deaths. It cites other reports on a few deaths in Europe of teens or young adults who mixed the drinks with alcohol, or who had conditions like epilepsy that may have increased the risks.
Maureen Storey, senior vice president of science policy at the American Beverage Association, an industry group, said the report "does nothing more than perpetuate misinformation" about energy drinks.
Many of the drinks contain much less caffeine than coffee from popular coffeehouses, and caffeine amounts are listed on many of the products, she said in a written statement.
Caffeine is safe, but those who are sensitive to it can check the labels, she said.
A clinical report on energy drinks is expected soon from the American Academy of Pediatrics that may include guidelines for doctors.
Dr. Marcie Schneider, an adolescent medicine specialist in Greenwich, Conn., and member of the academy's nutrition committee, praised Monday's report for raising awareness about the risks.
"These drinks have no benefit, no place in the diet of kids," Schneider said.

Tuesday, February 8, 2011

hidup bagaikan roda...

selalu org ckp hidup bagai roda..kadang kat atas..kadang kat bawah..perangai bebudak dlm kelas pon mcm tu..kekadang O.K..kekadang K.O..yang paling sakit diiorg buat hal mase observation..ape nak jawab..mmg lost world of tambun la..apa pon..fikir positive...+ve..+ve..+ve..

Thursday, February 3, 2011

Apa yang ku cari dalam hidup ini..

apa yang ku cari dalam hidup ini kadang-kadang pon aku tak pasti...bercelaru...tp cube tetapkan misi semula...apa yang ku ingini...

1. ibu bapa..
dulu aku selalu cakap kenape kat kampung aku takda kilang atau kawasan perindustrian..aku nak balik kampung..duduk dekat dengan ibu bapa aku..tolong-tolong ape yang patut..paling kurang pon tengok keadaan diorang..kalau sakit ke boleh aku tolong hantar ke klinik..sekarang aku dah tak perlu lg kawasan perindustrian tu..mungkin harapan ini menjadi kenyataan tak lama lagi..harap-harap bile abis kpli ni dapat la posting kat kampung sendiri..

2..keluarga..
aku berharap sangat dpt besarkan ank2 depan mata sendiri..kalau boleh nak buat home school..tp apakn daya tak mampu..maseh perlu bekerja untuk menampung kehidupan..aku harap dapat habiskan masa sebanyak mungkin dengan anak2..dapat tengok diorang membesar dan dan berjaya..harapan ini mungkin akan jadi kenyataan..tapi setakat ini separuh daripadanya tak lama lagi akan jadi kenyataan..bila aku abis kpli..masa aku kerja separuh daripada masa kerja lama aku..harap semuanya akan berjaya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...