Tuesday, February 25, 2014

Program i-think

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
adakah anda tahu apa itu i-think?

dalam era globalisasi kini, dalam konteks Malaysia, dapat dilihat kemampuan berfikir murid-murid berada pada tahan yang sangat rendah...justeru itu pihak berwajib melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu program yang dijangka mampu melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam aras pemikiran..sekali gus dengan itu bertambahlah kerja-kerja aku sebagai seorang yang sering diberikan pendedahan baru...asal ada perkara baru...aku je la yang kene pergi...sekolah aku ni dah takda cikgu lain agaknya...ayat pon dah kampung ni...malas cakap banyak..korang semua check sendiri...klik pada kotak 4segi oren di bawah untuk maklumat lanjut...sekian untuk kali ini...


Monday, February 24, 2014

Inspirasi Ruang Television

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini cuci-cuci mata lagi..cari-cari konsep untuk letak TV di rumah yang mempunyai keluasan terhad..
sejuk betul la warna biru ni..


Sunday, February 23, 2014

PBS - KSSR -ditangguhkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dengan segala hormatnya..saya mengishtiharkan..
segala aktiviti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau lebih dikenali sebagai Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) adalah di TANGGUHKAN.. sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian..sila klik pada perkataan tangguhkan untuk maklumat lanjut...
harap maklum..hehehe...

Thursday, February 20, 2014

5 bersaudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Kalau tahun lepas upload gambar 3 beradik...tahun ni junior diorang pulak...
yang 3 tu dah besar...yang ni sedang cute...





Monday, February 17, 2014

The Inventor..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini nak cerita kisah budak yang sudah salah faham malam tadi..
masa tu mak dia nak keluar ambil baju dalam kereta..
dia pon sebok nak ikut..dia ingat nak gi bejalan..
bila dah kata nak ambil baju je..dia pon sebok nak ajak berjalan..
mak dia ntah macam mana boleh bagi alasan.."minyak kereta habis..."
dengan bersemangat waja die pon berlari masuk bilik ambil minyak baby bagi kat mak dia..
mak die pon jawab...minyak ni tak boleh..
die pon rasa tertipu dan terus mengamok..siap baling botol tu...
gambar pegang botol tak sempat ambil...ni gambar dah reda dari mengamok...pegang kunci kereta..panjat kerusi nak ambil sendiri kunci..nasib tak sampai..
kena juga bawa keluar malam-malam...tak nak berhenti menangis..



Friday, February 14, 2014

Inspirasi..

Inspirasi dari idola..




Buku Text Digital..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ingatkah lagi pada post saya tentang frog VLE sebelum ini..

tahukah anda dengan aplikasi ini, kini kita boleh dapatkan buku text secara digital..

terima kasih kepada Cikgu Laili yang membuat TUTORIAL untuk mendapatkan buku text digital ini..

selamat mencuba..saya dah cuba dapatkan 2 buah buku text..

namun buat masa ini tidak semua buku text telah di upload..

walaubagaimanapon tidak lama lagi apabila siap..kita akan ada jalan lebih mudah untuk membuat rujukan buku text..

dua buku text yang telah disusun di rak buku saya..

Thursday, February 13, 2014

Dokumentasi Bergambar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
haritu cerita pasal legoland..tapi takda gambar...
harini tak nak cerita...nak bagi gambar saje...



















Monday, February 10, 2014

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT






Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sejak kebelakangan ni banyak isu-isu yang dibangkitkan tentang guru..
maka banyak la tindakan susulan yang diambil..
oleh yang demikian banyak la cara-cara penilaian dilakukan ke atas guru..
banyak juga ujian-ujian yang perlu dilalui..
tugas guru bukan saja bagi ujian..guru pon kena duduki ujian..
ye la..mane tidaknye...main ajar je..salah nanti jadi ajaran sesat pulak..
yang terkini telah keluar keputusan untuk ujian kompetensi ICT untuk guru..
siapa yang dah dudukinya tahun lepas sila semak keputusan..
jangan pening fikir ade ke takda..semua guru wajib ambil ujian ni secara online tahun lepas..
mungkin dah lupa..kalau duduki peperiksaan awam macam UPSR,PMR,SPM mesti ingat..
ujian online ni mesti dah lupa ade buat ke tak...kan..kan..kan..hehehe..

sila semak di link ini :-


Sunday, February 9, 2014

Frog VLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Frog VLE..?
ape benda nih..?
baru belajar semalam..rupanya pelaksanaannya dah bermula sejak 2012..
bende ni adalah 1laman yang harus dimiliki oleh semua guru,murid dan ibu bapa..
bertujuan menjadi medan komunikasi..
so..sebab tu KPM blok FB..dia paksa gune benda ni...
agak menarik..tp belum habis explore..
teknologi semakin maju...sebagai warga pendidik kena kejar walaupon tak tercapai..
perlahan-lahan lah kayuh...begitu juga ibu bapa..
ape nak cerite pon tak mahir lagi...next time baru cerite detail..

muka depan laman aku..huhuhu..standart-mandart..

Friday, February 7, 2014

Kisah Budak-budak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
salam jumaat..salam sabtu ahad..
kali ni nak cerita tentang hal budak 4orang ni..


Kisah 1 :

sebelum solat magrib..macam biasa khairina kalau nak ambil whudu' mesti nak tanya orang lain step-stepnya..walaupon dah hafal (kekadang lintang pukang juga..)tetap nak bertanya..

semalam lepas wahidah ambil whudu' dia landing atas katil dulu sambil memberi instruction pada khairina..mula-mula ok..tapi lepas dahi je..
kharina tanya "lepas dahi..?"
wahidah jawab "tulang belakang...."
khairina pula boleh layan "eh..macam mana nak sapu air kat tulang belakang.."
aku macam nak gelak..tp tahan ..buat muka serius..
terus wahidah cakap "eh..salah..telinga la..."
nak ambil whudu' pon boleh kenakan orang..


Kisah 2:

muiz memang liat nak tido malam..haritu bila dah pukul1..aku dah ngantok gila dia boleh terus bermain..
aku cakap "adek tido..!"
dia balas "adek tanak.."
aku cakap "kalau tak nak abah bagi ubat.."
dia jawab "adek tanak.."
dia sambung lagi "adek tido.." sambil memjamkan mata ketat-ketat..
tapi...terus beraktiviti..terus main..terus berjalan-jalan...mata je tutup rapat..aktiviti non-stop..
bila ditanya..dia jawap "adek tido.." tapi tetap bermain sambil tutup mata
hmmm...perangai..


Kisah 3:

nasib baik uniform baru dah siap..hari khamis dah merengek suruh ambil baju ni...hehehe..ni la uniform baru hari jumaat..nasib baik siap..kalau tak siap..memang tak g sekolah la budak 2 ni..

Wednesday, February 5, 2014

Secrets From A Stylist..

Assalamualaikum dan aslam sejahtera..
setelah agak lama berehat dari bloging..
nak cerite sikit pasal rancangan febret..
tajuknya adalah seperti di atas..(perkara diatas adalah dirujuk..)

segmen ni tentang deco rumah yang diacarakan oleh..Emily Henderson..
Emily ni merupakan juara designstar musim kelima selepas antonio ballatore (antonio treatment)..

apa yang menarik dalam rancangan ini adalah..
Emily akan buat test sebelum mereka deco untuk pelanggannya..
hasil ujian itu barulah di gubah menjadi 1 konsep yang tersendiri..
dalam program ini..pereka tak buat deco mengikut bakat mereka sahaja..tetapi untuk kepuasan pelanggan..
berbeza dengan rancangan deco lain yang mengutamakan gaya dan style pereka..

kadang kala Emily sendiri tak rasa apa yang dia buat tu menarik..tetapi kepuasan pelanggan tu lebih 100%..
sebabnya setiap orang miliki cita rasa berbeza..

kadang-kadang tengok hasilnya biase-biase je..tapi pelanggan die punya happy sampai berguling-guling...hehehe..

so..kalau nak tau, tengok la sendiri...channel live inspiration 728..

yang ni salah satu daripada episod yang aku rasa tertarik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...