Saturday, May 31, 2014

Percutian Ala-Kadar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
penat atas kereta je..
share gambar je la ye..penat nak taip cerita..

Khamis ( Pantai Air Tawar, Kuala Besut)

Hadi tak sabar nak main pasir..Muiz menjeling ke laut je..

Hadi tak sempat bergambar bersama..sebab laju je korek pasir..

Muiz..terus masuk dalam air lepas ambil gambar..

Jumaat (Makan keropok fresh, Kuala Besut)

Makan keropok fresh..uli-uli...goreng...terus ngap..(takda rebus-rebus)

Sabtu (Pantai Batu Buruk, K.Terengganu)

Banyak betul kereta kuda Cinderella..

Berbeza dengan tempat sendiri..sini semua jual satey ikan..

Muiz happy gila dapat naik kuda..

Hadi menyorok tak nak ambil gambar..tapi perut masih nampak...Muiz seperti biasa menjeling ke laut..

Sekian, Terima Kasih..



Wednesday, May 28, 2014

Gagal Lagi..Buat Kali ke-5..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
post kali ni ringkas je..sebab nak bersedih sekejap..
permohonan egtukar gagal lagi...buat kali ke-5..
untuk rekod..3kali sudah ke putrajaya..namun masih tiada perubahan..
tapi mungkin ada hikmahnya..
InsyaAllah tak lama lagi akan ambil cuti panjang untuk operate lutut..
doakan keselamatan ya...
sekian...wassalam...

Sunday, May 25, 2014

Penantian Satu Penyeksaan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
mungkin ramai yang sudah tahu dan ramai yang kecewa..
aku juga sangat kecewa sebab tak dapat cuti..hahaha...
sebenarnya memang sudah dijangka..peluang Malaysia untuk menang agak samar..
memang Jepun tidak dilihat sebagai kuasa besar badminton sebelum kejohanan bermula (begitu juga Malaysia)..namun kemenangan 3-0 ke atas China telah membuntikannya..
dengan Malaysia hanya bergantung kepada LCW dan berharap kedua-dua regu baru dapat membuat kejutan..
sasaran awal hanyalah layak ke separuh akhir..dengan kejayaan ke perlawanan akhir dan kekalahan 3-2 selepas perlawanan sengit..rasanya pencapaian kali ini boleh diterima walaupon belum sampai tahap boleh dibanggakan..

apa yang dah lepas biarkan berlalu...yang akan datang ni macam mana..dengan LCW yang seakan sudah hampir sampai ke penghujung karier..mungkin 2tahun mungkin 3tahun lagi...siapa bakal menerajui sukan badminton Malaysia..inilah perkara sebenar yang perlu diambil perhatian...

Jepun Juara Piala Thomas buat kali pertama..Syabas..

sama-samalah kita renungkan...selepas LCW bersara dan peningkatan mutu badaminton negara lain..mungkin nama Malaysia akan terus hilang dalam senarai negara yang dikenali dalam sukan ini satu hari nanti..

Tuesday, May 20, 2014

Fuhhh...Kena Ajar Seni Pulak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hehehe...bukan bidang...tetiba jadi bidan..
bidan terjun..kena ajar seni...suruh lukis..tak jalan-jalan bebudak ni...so bagi step la..
hasil carian di google..

Burung..

Tikus..

Harimau

Budak-budak ni memang melampau..dah bagi betis nak peha..ni pon diorang tak dapat copy paste..
terpaksa tolong lukiskan...suruh diorang warnakan je..hmmm..manja bebudak lani..

Tuesday, May 13, 2014

Demam World Cup : Aduh..! Sakit Kepala..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pasukan ke-3 yang akan kita lihat adalah juara bertahan dan pemegang piala eropah 2edisi berturut-turut..
tak perlu dikenalkan lagi..rasanya ramai dah tahu..dan ramai dah kenal pemain-pemain di dalam senarai pasukan ini..
walaupun kebanyakan pemain sepanyol hanya bermain di dalam negara..pastinya ramai yang sudah mengenali mereka walaupon jarang mengambil tahu tentang la-liga..ini disebabkan kebanyakan pemain mereka bermain dengan real madrid dan barcelona..


Pasti sukar dan pening kepala jika dilihat kepada barisan bintang di atas..
lambakan pemain ternama menyukarkan manager untuk memilih pemain..
mungkin kita akan jadi "bias" bila lihat pada nama-nama mereka..
macam main dalam video game...mesti nak pilih nama-nama besar sahaja..
jangan lupa..pemain yang kurang dikenali dalam list ini juga amat berbakat..

** tak sabar nak tengok sepanyol bermain...tapi aku rasa sepanyol tak dapat kekalkan gelaran...hehehe...

Demam World Cup : Tak Kenal, Maka Tak....?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pasukan ke-2 yang akan kita lihat ialah Belgium..
tak kenal..maka tak tahu..
seperti yang saya pernah katakan sebelum ini.."Belgium Vs EPL"
pasukan Belgium ini mempunyai senarai pemain yang sangat mantap..
ditambah pula dengan purata usia yang muda..mereka boleh menjadi antara pencabar utama..


Jika anda peminat setia EPL pasti anda akan kenal ramai pemain yang disenaraikan ini..mungkin ada yang terkejut..hehehe..antaranya.. kompany,hazard,lukaku,vermaelen,mignolet dan fellaini....En. Adnan yang sebelum ini pernah dikaitan dengan pasukan England akhirnya memilih Belgium..lantas disenaraikan dalam skuad utama..dia dipilih sebab batul-betul layak atau tektik persatuan..kalau dia dah dipanggil untuk Belgium..maka lepas ni dia tak boleh wakili pasukan lain...hehehe..

** jika bukan piala dunia kali ini..untuk edisi yang akan datang..

Demam World Cup : Liga Mantap, Skuad Kebangsaan....?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul dah tak update blog ni..
dengan berakhirnya EPL pada hujung minggu lepas..
maka tumpuan kini beralih ke Brazil untuk kejohanan 4tahun sekali..
banyak pasukan telah menamakan senarai 30 pemain yang akan dibawa sehari selepas Man City menjulang piala EPL untuk kali ke-2 dalam tempoh 3tahun..
juga kali pertama manager bukan eropah yang berjaya memenanginya..
namun cerita hari ini bukan mengenai kejayaan Man City..tetapi skuad piala dunia England.


Pasukan England kali ini dilihat menampilkan ramai muka baru..dengan hanya 6 orang yang pernah bermain pada edisi sebelum-sebelum ini..namun jika dilihat pada senarai pemain...memang tidak dinafikan inilah barisan terbaik England buat masa ini..hampir semua pemain ini berada dalam form terbaik di akhir saingan liga..

** tapi pada pandangan aku..kebanyakan pemain England memang top pada usia muda dan stop pon pada usia muda..hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...