Saturday, March 8, 2014

Sekolahku Hebat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekolahku hebat..setelah baca post ni dan rasa sekolah korang lagi hebat tolong bagitahu..
Sekolah aku sekolah SKM yang mempunyai enrolmen murid dalam lingkungan 35 orang dalam masa 3 tahun ni..
Bilangan guru juga sudah semestinya tidak ramai..lebih kurang 10 hingga 12 orang..kenapa aku cakap lebih kurang? sebabnya jumlah itu sentiasa berubah..
Aku masuk ke sekolah ini pada penghujung 2011 dan belum lagi 3tahun, daripada guru yang paling baru aku dah menjadi antara guru yang paling lama..mana tak nya..guru yang masuk ke sekolah ini sebelum aku tinggal 1 orang sahaja..tu pon guru KDC..yang lain semua dah berpindah..
Bermula dengan kemasukan aku penghujung 2011..pada awal 2012, 2 orang guru berpindah dan pada pertengahan 2012 seorang lagi berpindah..pada pertengahan 2013 seorang berpindah dan pada akhir tahun 2013, 2 orang lagi berpindah termasuk seorang guru yang baru masuk tak sampai setahun..yang paling mengejutkan 1 mac 2014, 3 orang gpk dan seorang guru yang paling lama..mana tak lama..anak kepada anak murid dia pon dah bersekolah disini..4 orang guru ni tetiba dikeluarkan...tapi perkara ni bukan misteri pon...kemuncaknya adalah semalam..akhirnya guru besar aku pulak dapat arahan pindah...habis semua...tinggal la aku kat sini..hehehe...jumlah yang dah keluar sejak aku masuk ialah 11 orang, sama dengan jumlah guru yang ada di sekolah ni..
sebab apa diorang ni dipindah-pindahkan?tak payah cerita la..3novel tak habis kalau nak cerita..
so...ada sekolah sapa lagi hebat dari sekolah aku?cer share...

Monday, March 3, 2014

Muiz Pula Dijangkiti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
semalam kisah hadi..
malam tadi muiz pula dijangkiti..penuh dah tapak tangan die biji-biji air..
dalam mulut pon dah banyak..nak cakap pon tak jelas..
badan pon dah banyak..
baring tak kena...duduk tak kena..merengek je satu malam..
nak minum sakit mulut..nak makan sakit mulut..
semua serba tak kena..menangis je la..
mengantiknye...

Hadi Kena Kuarantin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
merujuk tajuk di atas, perkara ini memang saheh bukan gosip..
hari jumaat masa balik dari sekolah, ada sorang parent bgtau hadi kene jangkitan sama macam anak dia..
tengok kaki tangan mulut memang ada tanda-tanda..
so gi kilinik..doktor tu cakap memang sah...so kena kuarantin seminggu..
nampak kesan macam kene gigit nyamuk..tapi memang banyak la..
asek la mandikan dia sebab tak nak bagi jangkit kat yang lain-lain..jaga kebersihan la katekan..
bila hari sabtu kesan tu berubah...jadi menggelembung..gelembung-gelembung air..macam pelik je..
bila hari ahad..air dlm gelembung tu dah jadi keruh..macam nanah pulak..
so gi la hospital hari ahad.emergency la..ape lagi...
rupanya kene campak air...cecair..
ceair ni pulak pantangnya mandi...bila mandi die tak keluar kat luar...die keluar kat dalam..penuh la mulut dia..kat kulit badan macam bintik-bintik je tak nampak cecair nye..
ape la doktor...bahaya betul la silap tafsir nih..tapi tetap kene kuarantin...dapat MC sampai rabu..
hadi je dapat...mak bapak dia tak dapat..
hati-hatila..musim panas ni macam-macam penyakit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...