Sunday, April 3, 2011

From the Kitchen - Choco chips cookies





Huhu lama tak post entry masak memasak ni sebab asyik terlupa nak upload gambar dari phone
(den xmampu nak beli dlsr lagi..nnti mintak tuan punya blog support dlsr sebijik yek...)..
Last 2 weeks try buat choco chips cookies nie..mula-mula agak rapuh..then mengikut nasihat empunya resipi..saya tambahkan lagi tepungnya baru tak rapuh sangat..jadi puan-puan dan cik-cik sekalian ini adalah resepinya...(boleh try buat nie..)

Choco Chips Cookies
Sumber: tq utk kak hasue
Bahan2:

* 1 cwn butter
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 1/2 sk baking powder*(ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)


Cara2:

* Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
* Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
* Sudukan atas loyang. Jarakkan sbb dia akan mengembang.
* Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.

* **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.kalau cookies agak rapuh boleh tambahkan sedikit tepung lagi untuk mengeraskan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...