Family Friends

Monday, July 18, 2011

Jepun juara FWWC 2011

Jepun yang hadir sebagai sebuah pasukan "underdog.."menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan setelah berjaya menewaskan New Zealand (2-1) dan Mexico (4-0) namun tewas kepada England (0-2)...

Pasukan ini nampak boleh menghasilkan kejutan apabila menundukkan tuan rumah dan juga juara bertahan Jerman (1-0) pada perlawanan suku akhir..Jerman juara 2 edisi berturut-turut sebelum ini gagal merealisasikan impian untuk memenangi piala ini 3 kali berturut-turut..

Kehebatan semakin memuncak apabila Jepun berjaya menghalang pasukan pilihan juara iaitu Sweden pada perlawanan separuh akhir..Keyakinan Jepun nyata terserlah apabila menundukkan Sweden yang di katakan memiliki barisan pemain terbaik pada edisi kali ini dengan jaringan 3-1..

Sekali lagi pada perlawanan akhir, pasukan "bunga merah jambu" ini menunjukkan semangat juang yang kental apabila berjaya mengikat USA selepas dua kali ketinggalan seterusnya berjaya menang melalui penentuan sepakan penalti...
****Argentina dan Brazil tersingkir dlm saingan Copa America melalui penentuan sepakan penalti, Tevez gagal menjaringkan gol, tp yg lebih malang, semua pemain Brazil gagal menjaringkan gol...hehehe..

Semangat juang pasukan Jepun ini harus dijadikan teladan kepada pasukan Malaysia..tidak kira pasukan senior atau pasukan olympik..

P/S : 2perkara yg aku tengok menyebabkan perlawanan final ni MASIH macam perlawanan pasukan perempuan...

1. hampir semua pemain US berambut panjang..
hampir semua pemain US berambut panjang berbanding Jepun, hanya 2 org berambut panjang..

2. Aya Sameshima satu-satunye pemain yg berlari macam perempuan...yg lain dah macam JANTAN..hehehe...
No15 Aya Sameshima gaya sopan di padang...

No comments:

Post a Comment

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...