Family Friends

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan : Sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..harini update lambat sikit..
kisahnya pagi ni bangun sahur lambat..tinggal 9minit..hehehe..
tak sedar..but my lovely wife dah siap masak..
lauk ape lagi..ayam masak kicap la..maklum lah bebudak ni asek nak makan ayam masak kicap..
dugaan betul kan..pagi,tengahari,petang kene suap bebudak ni makan sedangkan kita berpuasa..
bila dah lambat tu...siap je sahur..masuk toilet sat..solat subuh..baru nak on laptop..si kecik dah bagun..langsung tak jadi..terus layan die..buatkan susu..tepuk2..tidur..dengan abah die sekali tidur..hehehe..

p/s : yang penting jangan abaikan sahur sebab banyak fadhilatnya..

Info dari JAKIM mengenai amalan bersahur...

Hadith :
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.



3 comments:

  1. huhu terbangun lambat pg ni gara-gara meneman anak dara tgk chloe's closet malam2 buta td

    ReplyDelete
  2. apsal chloe tu pukul 12mlm pulak..

    nani : 5minit pon sempat...telan je..hehehe..

    ReplyDelete

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...