Saturday, September 17, 2011

Isu Penempatan Guru Punca Kabinet Retak..

SABTU, Seremban, Dato' Sulaiman Gagap telah mengesahkan desas-desus mengenai keretakan kabinet dapurnya adalah berpunca daripada projek pembinaan rumah guru yang sedang giat dijalankan di belakang rumahnya..Pembinaan penempatan guru ini adalah bagi menggantikan kuartes guru lama yang sudah uzur..

Ulasnya lagi, masalah ini bukan berpunca daripada kegagalannya mengurus kampung, sebaliknya berpunca daripada kegagapan beliau ketika menyampaikan ucapan, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Dato' Sulaiman Gagap telah menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat yang menaja kabinet dapur beliau. Orang awam diharap tidak berprasangka buruk terhadap syarikat perabot itu, keretakan ini adalah berpunca daripada pergerakan di dalam tanah bukan disebabkan kualiti perabot mereka..

Menjawab soalan wartawan berkaitan demonstrasi jalanan yang dirancang oleh segelintir pihak, beliau menjelaskan, "apa yang dirancang bukan la demo atau tunjuk perasaan, tetapi itu adalah pertunjukan amal bagi membaiki semula kabinet saya, setiap orang kampung yang dipaksa hadir akan dikenakan tiket sebanyak RM5 sahaja, saya sendiri akan menyanyikan sebuah lagu".."tanpa segan silu saya akan nyanyi sedikit di sini, jangan komen ya..bukan ku pinta..lahir ke dunia...bukan ku pinta...gagap begini..."

P/S : bosan kan...sekian berita merapu aku...huhuhu...

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...