Friday, February 7, 2014

Kisah Budak-budak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
salam jumaat..salam sabtu ahad..
kali ni nak cerita tentang hal budak 4orang ni..


Kisah 1 :

sebelum solat magrib..macam biasa khairina kalau nak ambil whudu' mesti nak tanya orang lain step-stepnya..walaupon dah hafal (kekadang lintang pukang juga..)tetap nak bertanya..

semalam lepas wahidah ambil whudu' dia landing atas katil dulu sambil memberi instruction pada khairina..mula-mula ok..tapi lepas dahi je..
kharina tanya "lepas dahi..?"
wahidah jawab "tulang belakang...."
khairina pula boleh layan "eh..macam mana nak sapu air kat tulang belakang.."
aku macam nak gelak..tp tahan ..buat muka serius..
terus wahidah cakap "eh..salah..telinga la..."
nak ambil whudu' pon boleh kenakan orang..


Kisah 2:

muiz memang liat nak tido malam..haritu bila dah pukul1..aku dah ngantok gila dia boleh terus bermain..
aku cakap "adek tido..!"
dia balas "adek tanak.."
aku cakap "kalau tak nak abah bagi ubat.."
dia jawab "adek tanak.."
dia sambung lagi "adek tido.." sambil memjamkan mata ketat-ketat..
tapi...terus beraktiviti..terus main..terus berjalan-jalan...mata je tutup rapat..aktiviti non-stop..
bila ditanya..dia jawap "adek tido.." tapi tetap bermain sambil tutup mata
hmmm...perangai..


Kisah 3:

nasib baik uniform baru dah siap..hari khamis dah merengek suruh ambil baju ni...hehehe..ni la uniform baru hari jumaat..nasib baik siap..kalau tak siap..memang tak g sekolah la budak 2 ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...