Tuesday, May 3, 2011

From The Kitchen: Home Made Chicken Chop

Fuhh..dah lama tak letak entry masak-masak..huhu sekarang busy nak menghabiskan silibus dan update filing. At last kena passkan satu kelas kepada staf baru.. huhu kurang satu paper final untuk ditanda nanti..
Weekend try membuat my own home made chicken chop.Mula-mula beli sos black paper dari kedai, tapi bila encik tuan punya blog rasa..hmm kurang sedap.. last-last try sos black paper dari resepi Mash potato dari blog kak umie kita... so inilah hasilnya resepi buatan sendiri dan sedikit courtesy dari blog kak umie untuk resepi Mash potato.... Huhu gambar agak low quality sket.. tunggu encik tuan punya blog bagi hadiah DLSR untuk birthday saya yek.....



Resepi Chicken Chop

Bahan-bahan perapan ayam
- 3 ketul ayam ( bahagian dada yang boneless dan kulitnya dibuang)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- sedikit halia (ditumbuk)
- 5 sb madu (kalau suka manis tambah lagi)
- 2 sb sos ikan
- 2 sb kicap masin
- 1 sb kicap manis

Bahan-bahan untuk menggoreng ayam
-2 biji telur (digunakan untuk menyalut tepung dan serbuk roti)
-5 sb tepung gandum
-250 g serbuk roti
-sedikit garam
-sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
-Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan bahan-bahan perapan selama beberapa jam.(tapi saya perap untuk tempoh 1 malam)
-Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sebati. Satukan campuran tepung gandum,serbuk roti,garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk lain.Celupkan ayam yang diperap ke dalam bancuhan telur dan kemudian dicelupkan ke dalam campuran tepung dan serbuk roti tadi.
-Goreng secara deep fry dalam minyak yang panas sehingga garing (warna kuning keemasan)
-Angkat dan toskan

Resepi Mash Potato

Bahan-bahan

-4 biji kentang
-1 kiub pati ayam ( saya guna serbuk pati ayam dalam 1 sb)
-1 sb serbuka lada hitam
-25 g butter
-4 sb tepung jagung
-2 cawan air
-sedikit garam

Cara-cara

-Kentang dikupas kulitnya dan dibersihkan.Rebus kentang sehingga empuk dan kemudian toskan.Masukkan ke dalam mangkuk dan lenyekkan.Kepalkan kentang untuk mendapatkan bentuk bulat
-Untuk kuahnya, satukan campuran kiub pati ayam,serbuk lada hitam,tepung jagung,air dan garam di dalam mangkuk.Kemudian panaskan periuk dan masukkan mentega.Apabila mentega cair, masukkan campuran tadi dan gaul sehingga pekat dan warna sos akan menjadi gelap.(bergantung kepada jumlah serbuk lada hitam,makin banyak sos akan menjadi makin hitam). Kemudian tuangkan sos ke atas kentang yang dikepal tadi.

Note: Untuk sos Mash Potato tu saya jadikan juga sebagai sos chicken chop. Tapi budak-budak tu suka makan dengan sos cili dan sos tomato......

2 comments:

  1. saya bangkang resepi ni yang arif..kenapa sy cuba buat tiba tiba jadi chicken porridge pulak? hahahaha..

    ReplyDelete
  2. bantahan di terima...hahaha...
    ape kate chef..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...