Sunday, January 2, 2011

transformasi rohani




Menurut Imam Ghazali dalam buku ‘Taubat dan Liku-Likunya’ yang diterjemahkan dan dikupas oleh Syed Ahmad Semait, “Setiap manusia mempunyai pelbagai sifat dan empat daripadanya menjadi induk kepada segala dosa: Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan), sifat Syaithaniyah (sifat kesyaitanan), sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) dan sifat Subu’iyah (sifat kebuasan)”.
- Usaha mengejar kecantikan rohani kerana ia juga perlu diisi, dibentuk dan dihias indah agar penampilan menarik tampak lebih mantap. Muka cantik tapi terlalu jahil, apa maknanya? Ia kosong dan lompong!
- Bimbingan rohani penting kerana ia mempengaruhi pemikiran dan digambarkan melalui tindakan.

- Ada empat sifat induk manusia yang menjadi punca segala dosa iaitu Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan), sifat Syaithaniyah (sifat kesyaitanan), sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) dan sifat Subu’iyah (sifat kebuasan). Apa sifat anda?

- Sifat ketuhanan - sikap membangga diri, sombong, bongkak, suka dipuji, gemar memburu kekayaan, kuasa dan kemuliaan serta ingin hidup menongkat langit.

- Sifat kesyaitanan pula terpancar daripada tindakan seseorang yang gemar menipu, menganiaya, sering dengki-mendengki, putar belit kenyataan dan kebenaran serta suka mempengaruhi orang lain berbuat jahat.

- Sifat kebinatangan dikaitkan dengan kegelojohan manusia, sentiasa tamak haloba, melakukan zina, dan berusaha mengaut keuntungan walaupun terpaksa melakukan perkara kotor dan keji serta merampas hak orang lain.

- Sifat kebuasan pula punca manusia jadi pemarah, panas baran, gemar serang-menyerang, busuk hati dan memusnahkan hak atau harta benda orang lain.

- Anda ingin berjiwa lapang? Bersihkan hati daripada empat sifat di atas dan kesannya, diri akan lebih tenang.

- Anda sukar menerima kelemahan diri. Kenapa? Kerana anda tidak pernah muhasabah diri. Tenangkan mental dan fizikal dan kosongkan fikiran anda dan lakukan proses muhasabah diri untuk menilai kembali sifat dan kelakuan kita selama ini.

- Jujur pada diri sendiri. Tidak perlu berselindung dengan diri anda. Tanyakan pada diri adakah selama ini anda mempunyai ‘penyakit hati’ - tidak suka melihat orang lain senang, bahagia, gembira atau berjaya. Jika jawapannya ‘ya’, anda perlu bertindak, memulihkan atau mengubah hati agar lebih positif.

- Minta maaf daripada orang yang selama ini anda benci dan iri hati. Yakinlah rezeki Allah itu sangat indah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...