Family Friends

Monday, June 1, 2020

Abah Wira yang Dilupakan..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Coretan hari ini adalah untuk abah saya yang sedang menjalani rawatan Hip Osteoarthristis..



Semua manusia dilahirkan mempunyai seorang bapa.. Semua anak akan kata bapa mereka berbeza dari bapa orang lain.. Namun saya tetap mahu mengatakan bapa saya seorang yang sangat berbeza dari bapa orang lain.. Tetapi saya masih bersyukur ada seorang bapa berbanding rakan yang telah kehilangan bapa..

Sejak dari kecil saya tidak rapat dengan bapa saya bahkan sering tidak sama pendapat.. Kadang kala ada rasa kecewa ada rasa sedih kenapa bapa saya tidak seperti bapa orang lain.. Tetapi semakin dewasa semakin saya mengerti berat beban yang dipikul oleh bapa saya.. Kami tidak rapat mungkin kerana masa.. Dia menghabiskan seluruh masanya untuk memberikan segala yang terbaik untuk kami.. Walaupun hidup sukar dia sentiasa berusaha keras untuk memberikan segala keperluan yang lebih dari sempurna untuk kami.. Tanpa pendidikan formal, tanpa kemahiran, bapa saya bergantung 100% kepada tulang empat kerat untuk menyara dan menyediakan keperluan bukan sahaja untuk kami sekeluarga bahkan untuk keluarganya dan keluarga ibu saya..

Ibu sering bercerita ketika kami berpindah ke felda tanpa apa-apa selain sehelai tikar dan sebiji motorsikal. Tanpa duit dan hanya membawa bekalan bahan makanan hasil pemberian saudara-mara dari kampung. Apabila tiba, bapa saya terus keluar mencari kerja.. Ketika itu sawit dan getah masih belum mengeluarkan hasil.. Jadi bapa saya terpaksa bersedia di tepi jalan menunggu mana-mana lori yang memerlukan khidmat menurunkan barang.. Ketika itu kerja ini adalah satu kerja yang paling diperlukan.. Menurunkan pelbagai keperluan pertanian.. Berguni-guni setiap hari sehingga badan jadi seperti jaguh bina badan walau tak pernah kenal apa itu gym.. 

Apabila ada tanah peneroka yang telah mengeluarkan hasil, bapa saya bekerja melempar buah kelapa sawit ke dalam lori.. Nak angkat pon saya tak larat lagi nak lontar ke dalam lori yang tinggi.. Ketika itu lori yang digunakan tidak macam lori sekarang.. Lori yang digunakan mempunyai pam hidrolik menyebabkan lori menjadi tinggi.. Bapa saya sentiasa bekerja di luar dari felda kami dan tidak hanya bergantung kepada kebun felda sendiri.. Perkara ini yang membuatkan dia tidak dapat meluangkan masa bersama kami.. Sehinggalah satu hari dia dimasukkan ke hospital kerana Apendiks pada tahun 1988.. Dan pada ketika itu, ibu dan bapa kepada ibu saya tinggal bersama kami kerana bapa kepada ibu saya sedang sakit..

Maka bermulalah karier baru yang lebih mencabar untuk bapa saya.. Tiba-tiba hidup kami berubah.. Bapa saya yang sentiasa menggunakan tenaga dan kekuatan untuk mencari rezeki tidak lagi dibenarkan melakukan kerja berat.. Namun Allah sebaik-baik perancang.. Ujian yang diberikan adalah di dalam kemampuan kita untuk melaluinya.. Arwah bapanya dulu adalah seorang peniaga sate.. Jadi tanpa kemahiran lain ibu bapa saya ambil keputusan untuk berniaga menjual sate.. Dugaan memulakan perniagaan tanpa sebarang nama dan branding amatlah sukar.. Pernah berniaga dan pulang tanpa sebarang jualan.. Pernah kuah sate jatuh tertumpah dan tidak dapat berniaga pada hari berkenaan.. Pernah ditipu dan diperdaya.. Kalau nak bercerita tentang berniaga mungkin kena buat satu catatan khas yang lain.. Namun disebalik setiap dugaan, Allah hadirkan juga banyak pertolongan sama ada melalui rakan-rakan atau nikmat-nikmat lain..

Cuma yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana bapa saya menggunakan semua masanya berusaha untuk memberikan segala yang kami perlukan.. Bapa saya akan bangun awal pagi dan tiba di Pasar Besar Bahau pada pukul8.. Pada awalnya berulang ke Bahau bersama barang keperluan dengan hanya menaiki bas.. Setibanya kembali di rumah bapa saya akan cuci ayam dan buat semua persediaan untuk membuat sate.. Bapa saya juga masak makanan tengahari untuk kami sekeluarga sebelum kami pandai memasak sendiri.. Sehinggakan satu hari saya pernah termakan asam pedas puntung rokok.. Mungkin sampai sekarang dia tak perasan bila puntung rokoknya hilang..hehehe..Ibu saya pula berkerja sebagai guru tadika untuk membantu bapa saya menampung kehidupan.. Apabila semua persiapan membuat sate siap bapa saya akan berehat sekejap sebelum dia ke kebun pula untuk mengusahakan tanah terbiar.. Bapa saya memang jenis yang tidak bergantung kepada kebun felda sahaja.. Ketika itu dia telah melakukan pelbagai kerja setiap hari.. Bapa saya akan pulang sebelum pukul5 petang untuk berniaga sate pula.. Bapa saya akan berniaga sehingga pukul2 pagi dan kadang kala sehingga pukul4 pagi.. Alhamdulillah ketika itu tidak ramai peniaga dan hasil jualan sangat banyak..Kadangkala bapa saya berdiri lebih 5 jam sehari tanpa duduk untuk membakar sate.. Begitulah rutin harian bapa saya.. Balik sebelum subuh dan selepas Subuh sudah keluar berkerja semuala selama kebih 30 tahun..

Alhamdulillah.. Sekarang hasilnya kami adik-beradik mampu hidup berdikari.. Tapi yang sedih apabila sampai waktu untuk bapa saya berehat.. Dia sudah tidak larat dan sudah mengidapi pelbagai penyakit..

Saya sentiasa bangga dengan bapa saya.. Saya sering cerita kepada anak-anak saya pengorbanan bapa saya.. Saya harap saya boleh jadi seperti bapa saya dan membanggakan bapa saya..



Doakan bapa saya selamat dan sihat.. Aamiin..

Sekian..

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...