Assalamualaikum dan salam sejahtera..
tiba-tiba hari ni nak bincang perkara serius..
merujuk perkara di atas (macam surat rasmi pulak) pada pandangan anda, adakah ia satu keperluan, kehendak atau gaya hidup..PJJ yang dimaksudkan adalah perhubungan jarak jauh, perkahwinan jarak jauh dan ada yang bagi istilah weekend husben dan sebagainya..
perkara ni tiba-tiba bermain semula difikiran selepasa adek aku berkahwin baru-baru ini..melihat kepada situasi..nampaknya mereka akan lalui seperti apa yang kami lalui dan adek aku yang seorang lagi lalui..
aku mula berjauhan sejak 2009 bila wife dapat tawaran berkhidmat di kolej komuniti bandar penawar, manakala aku masih bekerja di JB, tak lama lepastu aku berpindah ke serting,N9..jauh gila rasanya..memang mustahil nak balik setiap hari..tp awal 2010 wife dpt pindah ke kolej komuniti jempol,sebaliknya aku pulak yg dapat tawaran KPLI di lembah pantai,KL..rentetan itu aku di postingkan pula di tangkak..pada awalnya aku sewa rumah di tangkak..tapi macam tak sedap...so aku pon ambil keputusan untuk berulang setiap hari sejauh 80km..
kalau melihat adek-adek aku ni lebih jauh..adek ketiga suami dia di Klang sejauh lebih 150km..adek yang baru kawin ni di Melaka dan suami di Selangor dengan jarak lebih 100km..
tapi yang paling hebat makcik di senawang...suami bekerja di bintulu...huh...so keperluan atau kehendak?atau memang sudah menjadi trend masyarakat kini..walau apa pon ini semua adalah pengorbanan yang terbesar untuk keluarga..harap-harap usaha keras ini akan terbalas untuk semua..
Family Friends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebag...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur.. sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri s...
No comments:
Post a Comment