Family Friends

Showing posts with label Diskusi. Show all posts
Showing posts with label Diskusi. Show all posts

Friday, June 5, 2020

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.


===================
COVID19 Bukan Pilihan.
===================

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin mengulas dan memberi sedikit pandangan berkaitan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang baru sahaja dikeluarkan oleh KPM.

Covid19 bukan satu pilihan, tetapi kitalah golongan yang terpilih untuk mengharungi bencana atau musibah ini. Tidak perlu kita persoalkan ianya adalah ujian atau balasan. Apa yang perlu kita lakukan adalah berkerjasama berganding bahu memilih jalan penyelesaian.

Saya hanya akan menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan diri dan sekolah saya. Oleh itu kita rujuk terus ke perkara 6.1.1

6.1.1.c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Ini bererti murid sekolah rendah KEKAL meneruskan PdP di rumah. Hanya pelajar Tingkatan 5 & 6 yang akan memulakan sesi persekolahan. Meneliti panduan yang diberikan dapat saya simpulkan bahawa, bagi sekolah rendah kita masih jauh untuk kembali semula ke sekolah.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah: 
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat; 
b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut; 
c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian; 
d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet; 
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian; 
Ulasan bagi perkara 6.4.3.a/b/c/d/e
Terdapat pelbagai kekangan untuk sekolah seperti sekolah saya. Sekolah yang agak besar yang mempunyai enrolmen murid melebihi 500 orang. Manakala sosio-ekonomi penjaga yang berada di paras sederhana di kawasan separa pedalaman. Antaranya ialah :-
1.    Capaian internet yang di bawah paras memuaskan.
2.    Latar belakang keluarga yang agak kekurangan, hasil bancian ada keluarga yang tidak mempunyai saluran TV seperti astro dan ada keluarga yang tidak langsung menggunakan telefon berdata internet.
3.    Tidak cukup peranti bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.
4.    Tiada printer dan lain-lain kelengkapan.

f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.f
Sekali lagi perkara ini akan menjadi satu kekangan untuk sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang ramai. Sedangkan pondok keselamtan di sekolah kami adalah kecil dan jauh dari bangunan akademik.

g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan.
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.g/h
Mengulas perkara ini perlu kita ingat PBD sentiasa berjalan walaupun PdP tidak berjalan seperti yang diharapkan. Adalah sangat sukar untuk menggunakan aplikasi google meet, classroom dan sebagainya kerana beberapa faktor utama seperti yang telah saya ulas di atas. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi whatapps, guru boleh menyapaikan dan murid boleh menerima bahan serta pengajaran dengan mudah walaupun masih ada segelintir murid yang tidak mampu menyertainya. Namun komunikasi ini seakan sekadar satu hala. Murid tidak dapat menyerahkan semula hasil kerja mereka kepada guru. Berhubung kait dengan masalah capaian internet murid mungkin sukar menghantar semula rakaman video mereka, dan jika mereka menghantar gambar hasil kerja mereka, menjadi masalah pula kepada guru sperti saya untuk menyemak. 3 kelas Bahasa dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Jadi cara paling mudah adalah dengan menghantar semula hasil kerja mereka melalui serahan tangan.

Penyelesaian ini membawa kita semula ke perkara 6.4.3.f. Seperti yang telah dibincangkan perkara ini akan menjadi kucar-kacir jika tidak diuruskan dengan betul.


================
Projek Pigeon Hole.
================

Pigeon Hole adalah peti surat yang biasanya digunakan di pejabat-pejabat yang mempunyai banyak sub-sub pejabat seperti pejabat-pejabat pendidikan yang mempunyai banyak sekolah di bawah pengurusan mereka.

Projek Pigeon Hole ini pula  adalah projek yang ingin saya cadangkan agar dapat membantu pihak sekolah menguruskan penyerahan dan penerimaan hasil kerja murid.

Projek ini juga boleh dijadikan 1 projek dibawah PBD oleh panitia seni atau RBT.

Kaedah yang dicadangkan adalah, setiap murid menyediakan pigeon hole mereka sendiri daripada bahan kitar semula. Setiap pigeon Hole ini perlu mempunyai 2 ruang iaitu HANTAR dan AMBIL bagi memudahkan penjaga dan guru mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Sudah tentu bagi sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang sangat ramai, pondok keselamatan bukanlah tempat yang sesuai. Kita boleh tempatkan pigeon ini di dewan sekolah atau bilik darjah dengan menyediakan beberapa SOP umum untuk penjaga yang ingin mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Kekerapan penjaga untuk hadir adalah 1 minggu 1 kali dengan jadual yang disusun mengikut aliran.

Murid perlu merancang kerja dirumah untuk menyiapkan tugasan semua subjek dalam tempoh satu minggu dengan berkomunikasi setiap hari menggunakan aplikasi whatsapp jika perlu, atau mengambil arahan bersama lembaran tugasan yang diberikan oleh guru di dalam pigeon hole.

Ini hanyalah cadangan asas, beberapa perkar pelu dihalusi lagi mengikut kesesuaian sekolah bagi memastikan kaedah ini berjalan lancer.

Sebagai penutup, sama-samalah kita berdoa agar semua ini akan berlalu dengan pantas dan kita semua dapat hadir dan melakukan pelbagai aktiviti di sekolah seperti sebelum ini.
Sekian.


Monday, January 6, 2014

PJJ - Keperluan, Kehendak atau Gaya Hidup..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
tiba-tiba hari ni nak bincang perkara serius..

merujuk perkara di atas (macam surat rasmi pulak) pada pandangan anda, adakah ia satu keperluan, kehendak atau gaya hidup..PJJ yang dimaksudkan adalah perhubungan jarak jauh, perkahwinan jarak jauh dan ada yang bagi istilah weekend husben dan sebagainya..

perkara ni tiba-tiba bermain semula difikiran selepasa adek aku berkahwin baru-baru ini..melihat kepada situasi..nampaknya mereka akan lalui seperti apa yang kami lalui dan adek aku yang seorang lagi lalui..

aku mula berjauhan sejak 2009 bila wife dapat tawaran berkhidmat di kolej komuniti bandar penawar, manakala aku masih bekerja di JB, tak lama lepastu aku berpindah ke serting,N9..jauh gila rasanya..memang mustahil nak balik setiap hari..tp awal 2010 wife dpt pindah ke kolej komuniti jempol,sebaliknya aku pulak yg dapat tawaran KPLI di lembah pantai,KL..rentetan itu aku di postingkan pula di tangkak..pada awalnya aku sewa rumah di tangkak..tapi macam tak sedap...so aku pon ambil keputusan untuk berulang setiap hari sejauh 80km..

kalau melihat adek-adek aku ni lebih jauh..adek ketiga suami dia di Klang sejauh lebih 150km..adek yang baru kawin ni di Melaka dan suami di Selangor dengan jarak lebih 100km..

tapi yang paling hebat makcik di senawang...suami bekerja di bintulu...huh...so keperluan atau kehendak?atau memang sudah menjadi trend masyarakat kini..walau apa pon ini semua adalah pengorbanan yang terbesar untuk keluarga..harap-harap usaha keras ini akan terbalas untuk semua..




Monday, December 17, 2012

Jadual Waktu : Persediaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila bercakap tentang kejayaan orang selalu akan cakap, tanpa disiplin kejayaan tidak akan dapat dikecapi.. Namun, bilakah seseorang itu mula berdisiplin atau tahu bila masa perlu mula berdisiplin.. Adakah sudah terlambat untuk kita apabila kita sedar disiplin itu penting.. Adakah kanak-kanak tahu mereka perlu berdisiplin untuk berjaya.. Banyak betul persoalannyakan…namun rasanya..kanak-kanak tidak tahu bahawa mereka perlu berjaya..apatah lagi perlu hidup berdisiplin.. Maka sebenarnya semuanya ini harus hadir dalam diri ibu bapa atau orang yang lebih dewasa..

Ramai orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya..tapi bila masa yang sesuai…sejengkal..dua jengkal..sehasta..atau sedepa..? Hahahaha…walau dari mana pon ia bermula..apa yang penting..kita bermula dari sekarang…dari saat ini..

Apa yang nak dibincangkan disini adalah..jadual waktu harian anak-anak.. Wahidah dan Khairina yang bersekolah tadika setakat ini tidak ada jadual yang formal dan terperinci.. Kebanyakan masa dihabiskan dihadapan TV dan bermain tanpa ada hala tuju.. Rasanya belum terlambat untuk menyediakan jadual yang formal untuk mereka.. Begitu juga dengan Hadi dan Dhani yang maseh belum bersekolah.. Hampir sepanjang hari bermain dan menonton TV.. Bagaimanakah caranya jadual waktu yang terbaik dapat disedikan untuk mereka supaya jadual waktu ini tidak memberi tekanan mahupon merampas saat-saat kehidupan kanak-kanak mereka..

Jika disekolah ketika ini guru-guru sedang sibuk menyediakan jadual waktu untuk sesi 2013..namun dirumah..bagaimana harus kita bermula.. Kurikulum yang telah diselaraskan oleh KPM hanya mengkehendaki guru menyusun sahaja…namun untuk waktu anak-anak dirumah bagaimana pula?

1. Apakah aktiviti yang harus dilakukan sepanjang hari..
2. Berapa masa yang diperutukan untuk setiap aktiviti..
3. Waktu bilakah aktiviti itu sesuai dijalankan..

Sebagai contoh..matapelajaran pendidikan jasmani perlu dijalankan 30minit 2kali seminggu..dan tidak boleh dijalankan terus dalam masa 1 jam…juga tidak sesuai dijalankan pada waktu tengahari..kecuali bagi sekolah yang ada dewan..

Jadi, dengan pengalaman, pengetahuan serta buah fikiran dari rakan-rakan..bolehlah kiranya..memberikan cadangan jadual waktu atau berkongsi serba sedikit tentang penjadualan seharian anak-anak..

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...