Assalamualaikum dan salam sejahtera..lama betul tak berblog..
Azam tahun baru nak rajen sikit berblog...hehehe...
Jadi dengan rasminya pada 3jan2014 rakyat negeri Johor telah bermula cuti pada hari jumaat..
macam-macam keluhan yang di dengari..ade yang positif ada yang negatif..
banyak yang positif banyak lagi yang negatif..antara yang paling tak suka ialah orang yang kekal bercuti sabtu-ahad tetapi anak2 cuti sekolah jumaat-sabtu..
berbeza dengan aku...aku bercuti jumaat-sabtu..anak-anak dan isteri bercuti pada sabtu dan ahad..
Aku ada terdengar ibu bapa yang cakap..susah..masa cuti anak sekolah..tak boleh berehat..walau pon cuti, kena keluar hantar dan ambil anak ke sekolah...dan ade juga yang bimbang..bila anak2 bercuti...tiada siapa yang jaga anak dirumah..tapi bagi aku agak tiada beza..namun bila dah lalui jumaat cuti yang pertama..aku dapat rasakan kesan-kesan positifnya..bila kita sebok bekerja..ada tak peluang jenguk anak ke sekolah?dah tentu takda..so jumaat lepas..aku dapat rasa peluang tu...bangun awal pagi..hantar wahidah yang baru masuk tahun 1..sampai dalam kelas lagi...ambil masa tengok keadaan dia kat sekolah...pukul8 pula..hantar khairina dan hadi yang baru masuk tadika..dengar taklimat oleh guru dia sampai la pukul9...petang pulak lepas solat jumaat daftar wahidah sekolah agama..(solat kat masjid depan rumah..biasa kalau kerja solat kat masjid mana2 yang sempat...hehehe..)so...pada diri aku dan keluarga..ada positifnya hari cuti aku berbeza dengan mereka..
Ada pula orang cakap...bila jumaat cuti dapat luangkan banyak masa beramal ibadah...dan ada masa untuk ke masjed utk solat jumaat..yang ni aku rasa macam was-was sikit...pada yg memang begitu bagus la..tapi aku risau ramai pula yang semakin tak ke masjid...maklumlah bila dah berehat kat rumah...langsung tak sedar dah nak masuk asar...biasa kalau cuti sabtu-ahad..kita akn bertolak sabtu dan balik ahad kalau nak travel..so kalau jumaat-sabtu?so aku rasa makin ramai la yg tak jumpa masjid pd hari jumaat...hehehe..
ni sekadar pandangan je...baik buruk sesuatu perkara sama-samalah kita fikir sebelum buat...setiap perkara ada pro and con nye...selamat bercuti kepada kawan yg cuti hari ahad..aku dah kat sekolah harini..hehehe..
Family Friends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebag...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur.. sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri s...
No comments:
Post a Comment