Family Friends

Showing posts with label xtvt Masa Lapang. Show all posts
Showing posts with label xtvt Masa Lapang. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Fuhh..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama sungguh tak update blog...
dalam kehangatan piala dunia..memang tersemat dihati nak tonton semua game secara live..
namun setakat hari ini..1 game pon tak dapat tengok secara live sepenuhnya..

game yang aku tunggu-tunggu berlangsung malam tadi..
sebagai peminat Belgium..aku memang nak sangat tengok keseluruhan game tu..
tapi apakan daya..kalau tengok memang tak kerja la..

nasib menyebelahi, apabila muiz tetiba bangun minta susu..aku pon keluar bilik..
buka TV..nasib baik belum habis..ada 20minit lagi..
yang tak baiknya..Algeria sedang mendahului 1-0..
namun dengan semangat dan aura yang aku salurkan di depan kaca TV..
Belgium dapat bangkit menumpaskan Algeria 1-2..

Fuhh...nasib baik aku bangun...kalau tak bangun...mesti Belgium kalah...hahahaha...



**kalau pemain dan pegawai Belgium dengar mesti dia tak caya kan...hehehe...

Sunday, May 25, 2014

Penantian Satu Penyeksaan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
mungkin ramai yang sudah tahu dan ramai yang kecewa..
aku juga sangat kecewa sebab tak dapat cuti..hahaha...
sebenarnya memang sudah dijangka..peluang Malaysia untuk menang agak samar..
memang Jepun tidak dilihat sebagai kuasa besar badminton sebelum kejohanan bermula (begitu juga Malaysia)..namun kemenangan 3-0 ke atas China telah membuntikannya..
dengan Malaysia hanya bergantung kepada LCW dan berharap kedua-dua regu baru dapat membuat kejutan..
sasaran awal hanyalah layak ke separuh akhir..dengan kejayaan ke perlawanan akhir dan kekalahan 3-2 selepas perlawanan sengit..rasanya pencapaian kali ini boleh diterima walaupon belum sampai tahap boleh dibanggakan..

apa yang dah lepas biarkan berlalu...yang akan datang ni macam mana..dengan LCW yang seakan sudah hampir sampai ke penghujung karier..mungkin 2tahun mungkin 3tahun lagi...siapa bakal menerajui sukan badminton Malaysia..inilah perkara sebenar yang perlu diambil perhatian...

Jepun Juara Piala Thomas buat kali pertama..Syabas..

sama-samalah kita renungkan...selepas LCW bersara dan peningkatan mutu badaminton negara lain..mungkin nama Malaysia akan terus hilang dalam senarai negara yang dikenali dalam sukan ini satu hari nanti..

Tuesday, May 13, 2014

Demam World Cup : Aduh..! Sakit Kepala..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pasukan ke-3 yang akan kita lihat adalah juara bertahan dan pemegang piala eropah 2edisi berturut-turut..
tak perlu dikenalkan lagi..rasanya ramai dah tahu..dan ramai dah kenal pemain-pemain di dalam senarai pasukan ini..
walaupun kebanyakan pemain sepanyol hanya bermain di dalam negara..pastinya ramai yang sudah mengenali mereka walaupon jarang mengambil tahu tentang la-liga..ini disebabkan kebanyakan pemain mereka bermain dengan real madrid dan barcelona..


Pasti sukar dan pening kepala jika dilihat kepada barisan bintang di atas..
lambakan pemain ternama menyukarkan manager untuk memilih pemain..
mungkin kita akan jadi "bias" bila lihat pada nama-nama mereka..
macam main dalam video game...mesti nak pilih nama-nama besar sahaja..
jangan lupa..pemain yang kurang dikenali dalam list ini juga amat berbakat..

** tak sabar nak tengok sepanyol bermain...tapi aku rasa sepanyol tak dapat kekalkan gelaran...hehehe...

Demam World Cup : Tak Kenal, Maka Tak....?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pasukan ke-2 yang akan kita lihat ialah Belgium..
tak kenal..maka tak tahu..
seperti yang saya pernah katakan sebelum ini.."Belgium Vs EPL"
pasukan Belgium ini mempunyai senarai pemain yang sangat mantap..
ditambah pula dengan purata usia yang muda..mereka boleh menjadi antara pencabar utama..


Jika anda peminat setia EPL pasti anda akan kenal ramai pemain yang disenaraikan ini..mungkin ada yang terkejut..hehehe..antaranya.. kompany,hazard,lukaku,vermaelen,mignolet dan fellaini....En. Adnan yang sebelum ini pernah dikaitan dengan pasukan England akhirnya memilih Belgium..lantas disenaraikan dalam skuad utama..dia dipilih sebab batul-betul layak atau tektik persatuan..kalau dia dah dipanggil untuk Belgium..maka lepas ni dia tak boleh wakili pasukan lain...hehehe..

** jika bukan piala dunia kali ini..untuk edisi yang akan datang..

Demam World Cup : Liga Mantap, Skuad Kebangsaan....?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul dah tak update blog ni..
dengan berakhirnya EPL pada hujung minggu lepas..
maka tumpuan kini beralih ke Brazil untuk kejohanan 4tahun sekali..
banyak pasukan telah menamakan senarai 30 pemain yang akan dibawa sehari selepas Man City menjulang piala EPL untuk kali ke-2 dalam tempoh 3tahun..
juga kali pertama manager bukan eropah yang berjaya memenanginya..
namun cerita hari ini bukan mengenai kejayaan Man City..tetapi skuad piala dunia England.


Pasukan England kali ini dilihat menampilkan ramai muka baru..dengan hanya 6 orang yang pernah bermain pada edisi sebelum-sebelum ini..namun jika dilihat pada senarai pemain...memang tidak dinafikan inilah barisan terbaik England buat masa ini..hampir semua pemain ini berada dalam form terbaik di akhir saingan liga..

** tapi pada pandangan aku..kebanyakan pemain England memang top pada usia muda dan stop pon pada usia muda..hehehe..

Monday, April 7, 2014

Inspirasi..

Ini antara inspirasi yang rasanya masuk akal..cuma nak transfer ke realiti..
rasa macam logik..macam mampu buat..hehehe..
simple sangat...



Monday, February 24, 2014

Inspirasi Ruang Television

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini cuci-cuci mata lagi..cari-cari konsep untuk letak TV di rumah yang mempunyai keluasan terhad..
sejuk betul la warna biru ni..


Thursday, February 20, 2014

5 bersaudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Kalau tahun lepas upload gambar 3 beradik...tahun ni junior diorang pulak...
yang 3 tu dah besar...yang ni sedang cute...





Thursday, February 13, 2014

Dokumentasi Bergambar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
haritu cerita pasal legoland..tapi takda gambar...
harini tak nak cerita...nak bagi gambar saje...



















Wednesday, February 5, 2014

Secrets From A Stylist..

Assalamualaikum dan aslam sejahtera..
setelah agak lama berehat dari bloging..
nak cerite sikit pasal rancangan febret..
tajuknya adalah seperti di atas..(perkara diatas adalah dirujuk..)

segmen ni tentang deco rumah yang diacarakan oleh..Emily Henderson..
Emily ni merupakan juara designstar musim kelima selepas antonio ballatore (antonio treatment)..

apa yang menarik dalam rancangan ini adalah..
Emily akan buat test sebelum mereka deco untuk pelanggannya..
hasil ujian itu barulah di gubah menjadi 1 konsep yang tersendiri..
dalam program ini..pereka tak buat deco mengikut bakat mereka sahaja..tetapi untuk kepuasan pelanggan..
berbeza dengan rancangan deco lain yang mengutamakan gaya dan style pereka..

kadang kala Emily sendiri tak rasa apa yang dia buat tu menarik..tetapi kepuasan pelanggan tu lebih 100%..
sebabnya setiap orang miliki cita rasa berbeza..

kadang-kadang tengok hasilnya biase-biase je..tapi pelanggan die punya happy sampai berguling-guling...hehehe..

so..kalau nak tau, tengok la sendiri...channel live inspiration 728..

yang ni salah satu daripada episod yang aku rasa tertarik.

Tuesday, January 7, 2014

Kan Bagus Kalau..

Tahukah anda, kenapa Man City sanggup berbelanja besar untuk membeli Fernandinho?
Beliau adalah pemain termahal musim , walaupon beliau bukan penyerang yang biasanya berharga tinggi..
Sempena perlawanan separuh akhir menentang West Ham Utd malam ini..mari kita singkap persoalan ini dari kaca mata orang Malaysia..

Aku rasa sebab utamanya adalah YAYA..dengan fizikal yang cukup baik..yaya ni seorang pemain yang berbakat besar..pada asal kemasukan tak nampak sangat sebab dia banyak bermain sebagai defensif midfilder...tapi bila dibuka ruang untuk menjadi attacking midfilder..lagi la meletop-letop..aku banyak terbaca pasal yaya ni season lepas..rata-rata memuji kehebatannya walaupon kekadang tengok dia main kita pon jadi penat...bila takda bola nampak sangat penat...tapi bila dapat bola macam tak penat langsung..

Orang Malaysia khususnya orang Melayu selalu cakap "kan bagus kalau ada..."bila dah ada kita akan cakap pula "kan bagus kalau ada dua..."Aku pernah berkata dalam hati..kan bagus kalau ada 2 YAYA dalam team city...aku rasa atas dasar yang samalah pihak pengurusan City sanggup berbelanja besar untuk membawa Fernandinho...pada asalnya ramai was-was...tapi sekarang dah nampak sedikit sinar..jika gandingan ni terus meletop...tak boleh disangkal jika City akan berjaya mengucup lebih dari 1 piala tahun ni...

Hehehe..ni sekadar pendapat...yang tak minat City harap maap...huhuhu..

Monday, January 6, 2014

Belgium vs EPL

Menjelang piala dunia..semua orang dah mula sebok membincangkan tentang ramalan dan pasukan yang mempunyai kekuatan untuk merangkul piala yang paling berprestis dalam arena bola sepak..

so aku pon nak ulas sikit tentang pasukan yang mungkin orang tak perasan..namun kepada peminat setia EPL tidak kira pasukan mana...anda pasti kenal semua atau hampir semua pemain yang aku senaraikan di bawah ini..sedar atau tak..pemain-pemain belgium ini boleh membentuk pasukan impian...ini tidak termasuk pemain yang tidak bermain di EPL..so aku rasa Belgium boleh memberi impak atau kejutan untuk edisi kali ini..dengan pengalaman dan usia yang masih muda..pasukan belgium boleh jadi satu pasukan yang disegani



Pos. Player Date of birth (age) Caps Club

GK Simon Mignolet  6 August 1988 (age 25) 14    England Liverpool

DF Vincent Kompany  10 April 1986 (age 27) 56    England Manchester City

DF Thomas Vermaelen   14 November 1985 (age 28) 46    England Arsenal

DF Jan Vertonghen  24 April 1987 (age 26) 54    England Tottenham Hotspur

MF Kevin De Bruyne  28 June 1991 (age 22) 19    England Chelsea

MF Marouane Fellaini  22 November 1987 (age 26) 47    England Manchester United

MF Eden Hazard  7 January 1991 (age 22) 42    England Chelsea

MF Mousa Dembélé  16 July 1987 (age 26) 55    England Tottenham Hotspur

MF Nacer Chadli  2 October 1989 (age 24) 18    England Tottenham Hotspur

FW Christian Benteke  3 December 1990 (age 23) 17    England Aston Villa

FW Kevin Mirallas  5 October 1987 (age 26) 42    England Everton

FW Romelu Lukaku  13 May 1993 (age 20) 26    England Everton

Tuesday, December 3, 2013

New Villa Arnabila..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sempena cuti yang tak seberapa ni..
ambil kesempatan membuat rumah baru untuk anak arnab..sbb rumah yang sedia ada nak masukan seekor ibu untuk pembiakan..
2hari berturut-turut dgn 2 pembantu yang tak berapa membantu..akhirnya
reban dgn kayu,atap dan paku terpakai siap untuk didiami..

rumah baru


 anak-anak arnab yang semakin membesar..
1. lionhead hitam
1. lionhead puteh
1. angora puteh

Tuesday, November 19, 2013

Oh Malaysia Ku..

Kalah lagi..kali ni di tangan Qatar..slot tempat ke-2 memang sudah terpadam..menanti keajaiban slot tempat ke-3 terbaik..namun aku rasa..peluang untuk ke Australia memang dah boleh kita lupakan..harap-harap adalah perubahan yang bakal dilakukan untuk masa depan pasukan negara..harap Dato' Ong Kim Swee boleh ganti Dato' K.Rajagopal...boleh bawa muka baru dalam pasukan...bukan hanya menggunakan pemain yang sama di atas kejayaan lampau..majulah minda untuk negara..

Sunday, October 27, 2013

Anak vs Arnab

Sejak awal tahun dah beli dan bela(bab ni sikit je,banyak atok yg bela) beberapa ekor arnab..

ni arnab yatim, ibu dia arnab milik muiz, tapi dah meninggal 1hari sebelum raya haji..

yang ni arnab hadi, arnab yang dah nak pencen, beli pon dah tua..

yang ni arnab khairina kacukan lionhead dgn arnab kampung, mase beli kecil lagi..

yang ni wahidah punya, adek beradek arnab khairina, mase beli ni sepasang..


Saturday, October 15, 2011

Wajah Budak Kantoi..

Jempol..seorang budak telah diberkas ketika cuba melarikan sebuah basikal biru..modus operandi beliau sempat di rakam oleh kamera telefon makciknya yang murah..(sebab tu gambar tak clear)..ikuti susunan gambar yang sempat di tangkap..

cubaan melarikan basikal tapi gagal..sebab kaki tak sampai..nasib aku perasan..

tidak sempat membuat tanda peace ketika kantoi..malu tapi buat selamba..

pemilik basikal sebenar setelah berjaya mendapatkan basikalnya semula..

pemilik bersama pendakwaraya yang diupah untuk mengambil semula basikal..

berdamai..bergambar setelah kedua-duanya bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah..

P/S : seorang lagi hero belum keluar...nantikan episod seterusnya...

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...