Family Friends

Showing posts with label Meja Guru. Show all posts
Showing posts with label Meja Guru. Show all posts

Friday, June 5, 2020

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.


===================
COVID19 Bukan Pilihan.
===================

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin mengulas dan memberi sedikit pandangan berkaitan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang baru sahaja dikeluarkan oleh KPM.

Covid19 bukan satu pilihan, tetapi kitalah golongan yang terpilih untuk mengharungi bencana atau musibah ini. Tidak perlu kita persoalkan ianya adalah ujian atau balasan. Apa yang perlu kita lakukan adalah berkerjasama berganding bahu memilih jalan penyelesaian.

Saya hanya akan menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan diri dan sekolah saya. Oleh itu kita rujuk terus ke perkara 6.1.1

6.1.1.c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Ini bererti murid sekolah rendah KEKAL meneruskan PdP di rumah. Hanya pelajar Tingkatan 5 & 6 yang akan memulakan sesi persekolahan. Meneliti panduan yang diberikan dapat saya simpulkan bahawa, bagi sekolah rendah kita masih jauh untuk kembali semula ke sekolah.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah: 
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat; 
b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut; 
c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian; 
d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet; 
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian; 
Ulasan bagi perkara 6.4.3.a/b/c/d/e
Terdapat pelbagai kekangan untuk sekolah seperti sekolah saya. Sekolah yang agak besar yang mempunyai enrolmen murid melebihi 500 orang. Manakala sosio-ekonomi penjaga yang berada di paras sederhana di kawasan separa pedalaman. Antaranya ialah :-
1.    Capaian internet yang di bawah paras memuaskan.
2.    Latar belakang keluarga yang agak kekurangan, hasil bancian ada keluarga yang tidak mempunyai saluran TV seperti astro dan ada keluarga yang tidak langsung menggunakan telefon berdata internet.
3.    Tidak cukup peranti bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.
4.    Tiada printer dan lain-lain kelengkapan.

f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.f
Sekali lagi perkara ini akan menjadi satu kekangan untuk sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang ramai. Sedangkan pondok keselamtan di sekolah kami adalah kecil dan jauh dari bangunan akademik.

g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan.
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.g/h
Mengulas perkara ini perlu kita ingat PBD sentiasa berjalan walaupun PdP tidak berjalan seperti yang diharapkan. Adalah sangat sukar untuk menggunakan aplikasi google meet, classroom dan sebagainya kerana beberapa faktor utama seperti yang telah saya ulas di atas. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi whatapps, guru boleh menyapaikan dan murid boleh menerima bahan serta pengajaran dengan mudah walaupun masih ada segelintir murid yang tidak mampu menyertainya. Namun komunikasi ini seakan sekadar satu hala. Murid tidak dapat menyerahkan semula hasil kerja mereka kepada guru. Berhubung kait dengan masalah capaian internet murid mungkin sukar menghantar semula rakaman video mereka, dan jika mereka menghantar gambar hasil kerja mereka, menjadi masalah pula kepada guru sperti saya untuk menyemak. 3 kelas Bahasa dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Jadi cara paling mudah adalah dengan menghantar semula hasil kerja mereka melalui serahan tangan.

Penyelesaian ini membawa kita semula ke perkara 6.4.3.f. Seperti yang telah dibincangkan perkara ini akan menjadi kucar-kacir jika tidak diuruskan dengan betul.


================
Projek Pigeon Hole.
================

Pigeon Hole adalah peti surat yang biasanya digunakan di pejabat-pejabat yang mempunyai banyak sub-sub pejabat seperti pejabat-pejabat pendidikan yang mempunyai banyak sekolah di bawah pengurusan mereka.

Projek Pigeon Hole ini pula  adalah projek yang ingin saya cadangkan agar dapat membantu pihak sekolah menguruskan penyerahan dan penerimaan hasil kerja murid.

Projek ini juga boleh dijadikan 1 projek dibawah PBD oleh panitia seni atau RBT.

Kaedah yang dicadangkan adalah, setiap murid menyediakan pigeon hole mereka sendiri daripada bahan kitar semula. Setiap pigeon Hole ini perlu mempunyai 2 ruang iaitu HANTAR dan AMBIL bagi memudahkan penjaga dan guru mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Sudah tentu bagi sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang sangat ramai, pondok keselamatan bukanlah tempat yang sesuai. Kita boleh tempatkan pigeon ini di dewan sekolah atau bilik darjah dengan menyediakan beberapa SOP umum untuk penjaga yang ingin mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Kekerapan penjaga untuk hadir adalah 1 minggu 1 kali dengan jadual yang disusun mengikut aliran.

Murid perlu merancang kerja dirumah untuk menyiapkan tugasan semua subjek dalam tempoh satu minggu dengan berkomunikasi setiap hari menggunakan aplikasi whatsapp jika perlu, atau mengambil arahan bersama lembaran tugasan yang diberikan oleh guru di dalam pigeon hole.

Ini hanyalah cadangan asas, beberapa perkar pelu dihalusi lagi mengikut kesesuaian sekolah bagi memastikan kaedah ini berjalan lancer.

Sebagai penutup, sama-samalah kita berdoa agar semua ini akan berlalu dengan pantas dan kita semua dapat hadir dan melakukan pelbagai aktiviti di sekolah seperti sebelum ini.
Sekian.


Tuesday, May 20, 2014

Fuhhh...Kena Ajar Seni Pulak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hehehe...bukan bidang...tetiba jadi bidan..
bidan terjun..kena ajar seni...suruh lukis..tak jalan-jalan bebudak ni...so bagi step la..
hasil carian di google..

Burung..

Tikus..

Harimau

Budak-budak ni memang melampau..dah bagi betis nak peha..ni pon diorang tak dapat copy paste..
terpaksa tolong lukiskan...suruh diorang warnakan je..hmmm..manja bebudak lani..

Tuesday, February 25, 2014

Program i-think

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
adakah anda tahu apa itu i-think?

dalam era globalisasi kini, dalam konteks Malaysia, dapat dilihat kemampuan berfikir murid-murid berada pada tahan yang sangat rendah...justeru itu pihak berwajib melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu program yang dijangka mampu melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam aras pemikiran..sekali gus dengan itu bertambahlah kerja-kerja aku sebagai seorang yang sering diberikan pendedahan baru...asal ada perkara baru...aku je la yang kene pergi...sekolah aku ni dah takda cikgu lain agaknya...ayat pon dah kampung ni...malas cakap banyak..korang semua check sendiri...klik pada kotak 4segi oren di bawah untuk maklumat lanjut...sekian untuk kali ini...


Sunday, February 23, 2014

PBS - KSSR -ditangguhkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dengan segala hormatnya..saya mengishtiharkan..
segala aktiviti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau lebih dikenali sebagai Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) adalah di TANGGUHKAN.. sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian..sila klik pada perkataan tangguhkan untuk maklumat lanjut...
harap maklum..hehehe...

Friday, February 14, 2014

Buku Text Digital..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ingatkah lagi pada post saya tentang frog VLE sebelum ini..

tahukah anda dengan aplikasi ini, kini kita boleh dapatkan buku text secara digital..

terima kasih kepada Cikgu Laili yang membuat TUTORIAL untuk mendapatkan buku text digital ini..

selamat mencuba..saya dah cuba dapatkan 2 buah buku text..

namun buat masa ini tidak semua buku text telah di upload..

walaubagaimanapon tidak lama lagi apabila siap..kita akan ada jalan lebih mudah untuk membuat rujukan buku text..

dua buku text yang telah disusun di rak buku saya..

Monday, February 10, 2014

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT






Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sejak kebelakangan ni banyak isu-isu yang dibangkitkan tentang guru..
maka banyak la tindakan susulan yang diambil..
oleh yang demikian banyak la cara-cara penilaian dilakukan ke atas guru..
banyak juga ujian-ujian yang perlu dilalui..
tugas guru bukan saja bagi ujian..guru pon kena duduki ujian..
ye la..mane tidaknye...main ajar je..salah nanti jadi ajaran sesat pulak..
yang terkini telah keluar keputusan untuk ujian kompetensi ICT untuk guru..
siapa yang dah dudukinya tahun lepas sila semak keputusan..
jangan pening fikir ade ke takda..semua guru wajib ambil ujian ni secara online tahun lepas..
mungkin dah lupa..kalau duduki peperiksaan awam macam UPSR,PMR,SPM mesti ingat..
ujian online ni mesti dah lupa ade buat ke tak...kan..kan..kan..hehehe..

sila semak di link ini :-


Sunday, February 9, 2014

Frog VLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Frog VLE..?
ape benda nih..?
baru belajar semalam..rupanya pelaksanaannya dah bermula sejak 2012..
bende ni adalah 1laman yang harus dimiliki oleh semua guru,murid dan ibu bapa..
bertujuan menjadi medan komunikasi..
so..sebab tu KPM blok FB..dia paksa gune benda ni...
agak menarik..tp belum habis explore..
teknologi semakin maju...sebagai warga pendidik kena kejar walaupon tak tercapai..
perlahan-lahan lah kayuh...begitu juga ibu bapa..
ape nak cerite pon tak mahir lagi...next time baru cerite detail..

muka depan laman aku..huhuhu..standart-mandart..

Monday, October 7, 2013

Sarana Ibu Bapa..


Sarana Ibu Bapa...Menambah atau mengurangkan beban tugas guru....
Kena bersedia juga untuk anak masuk tahun 1 2014..

Wednesday, April 6, 2011

Ulasan Buku : Mini olimpik

berjam-jam duduk dlm library tak kan takde hasil...so, dgn rase agak buang mase melakukan kerja-kerja tak berpekdah..aku pon cuba-cuba la nak buat ulasan tentang buku yang aku cari, jumpa dan baca...

Tajuk : Mini Olimpik

buku ni agak bagus utk bakal guru-guru yg akn mengaja subjek PJK..(sbb tu aku cari, dah kene sound dgn guru pembimbing..hehehe..)

dalam buku ni..die cerita mcm mane nak buat acara sukan secara kecil-kecilan..atau pon secara tidak lansung..sebelum bace ni aku susah jugak nak jumpa idea..nak ajar bola tampar..camner nak ajar..tak kan nak ajar mcm jurulatih profesional mengajar pemain2 sekolah sukan bandar penawar or bukit jalil..komfem aku yg nangis..bebudak lari ntah ke mane...dgn tak minatnye..bebudak tau nak main bola sepak je...so dlm buku ni die ade cerita mcm mane nak buat aktiviti secara kecil-kecilan dan secara tidak sedar..


antara contoh-contoh yg agak menarik adalah..seperti di bawah..

1) larian obor

2)bola keranjang

jadi..kepada cikgu-cikgu or bakal cikgu-cikgu..boleh la cari buku ni..or boleh fikir idea yg lebih kurang drpd 2 contoh ni..hehehe..

--good luck--



Tuesday, April 5, 2011

Unit 5 : Making A Robot..

hurm...agak susah bg org yg tak krektip mcm aku..tp demi nusa dan bangsa..aku curah segala jiwa raga..idea dan keringat to making a robot...dan bahan-bahannya adalah..mcm nak umum ABP pulak (dan calon-calonnya adalah-tgh demam ABP kan)...


selain itu anda memerlukan crew atau kaki tangan untk membantu dlm apa juak bentuk dan bidang..semue ada kepakaran masing2..terutama dlm bidang menaikkn darah..hahaha..aku pakse diorg abiskan air dan honey star tu..huhu..


inilah hasilnya yg tak seberapa..efek kilau-kilau tu dari bahagian dlm kotak minuman..dlm die kn warna silver berkilau..hehehe..mcm lawak pulak..tp kalau tgn die dpt strow yg boleh bengkok fleksibel mcm sesungut tu ok gak kn..sesungut tu strow kecik je..yg kat kotak dutchlady kids..lupa nak ambik gambar sisi..x nampak bentuk foot dia..3D tu sebenarnya..


P/S : sengaja tak terbalikkn kotak-kotak ni..supaya budak-budak tau kite guna kotak apa..kalau diorg x tau..diorg tak semangat nak buat..bila diorg tau..diorg akn anggap benda ni senang nak buat dan akn cuba buat..

Tuesday, March 22, 2011

Unit 4 : Like & Don't Like





kawan-kawan yg ngajor english year 2...ni ape yg aku buat...hehehe...
saje nak share...fikir-fikir kan camner nak buat bg best...
semoga berjaya...


Wednesday, March 16, 2011

Unit 4 : My Family..


hmmm...camner..?
dah masuk minggu2 last nih..
ape yg aku boleh buat..?
ape yg terbaik aku boleh bg..?
fikir-fikir-fikirkanlah...

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...