Family Friends

Monday, December 17, 2012

Jadual Waktu : Persediaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila bercakap tentang kejayaan orang selalu akan cakap, tanpa disiplin kejayaan tidak akan dapat dikecapi.. Namun, bilakah seseorang itu mula berdisiplin atau tahu bila masa perlu mula berdisiplin.. Adakah sudah terlambat untuk kita apabila kita sedar disiplin itu penting.. Adakah kanak-kanak tahu mereka perlu berdisiplin untuk berjaya.. Banyak betul persoalannyakan…namun rasanya..kanak-kanak tidak tahu bahawa mereka perlu berjaya..apatah lagi perlu hidup berdisiplin.. Maka sebenarnya semuanya ini harus hadir dalam diri ibu bapa atau orang yang lebih dewasa..

Ramai orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya..tapi bila masa yang sesuai…sejengkal..dua jengkal..sehasta..atau sedepa..? Hahahaha…walau dari mana pon ia bermula..apa yang penting..kita bermula dari sekarang…dari saat ini..

Apa yang nak dibincangkan disini adalah..jadual waktu harian anak-anak.. Wahidah dan Khairina yang bersekolah tadika setakat ini tidak ada jadual yang formal dan terperinci.. Kebanyakan masa dihabiskan dihadapan TV dan bermain tanpa ada hala tuju.. Rasanya belum terlambat untuk menyediakan jadual yang formal untuk mereka.. Begitu juga dengan Hadi dan Dhani yang maseh belum bersekolah.. Hampir sepanjang hari bermain dan menonton TV.. Bagaimanakah caranya jadual waktu yang terbaik dapat disedikan untuk mereka supaya jadual waktu ini tidak memberi tekanan mahupon merampas saat-saat kehidupan kanak-kanak mereka..

Jika disekolah ketika ini guru-guru sedang sibuk menyediakan jadual waktu untuk sesi 2013..namun dirumah..bagaimana harus kita bermula.. Kurikulum yang telah diselaraskan oleh KPM hanya mengkehendaki guru menyusun sahaja…namun untuk waktu anak-anak dirumah bagaimana pula?

1. Apakah aktiviti yang harus dilakukan sepanjang hari..
2. Berapa masa yang diperutukan untuk setiap aktiviti..
3. Waktu bilakah aktiviti itu sesuai dijalankan..

Sebagai contoh..matapelajaran pendidikan jasmani perlu dijalankan 30minit 2kali seminggu..dan tidak boleh dijalankan terus dalam masa 1 jam…juga tidak sesuai dijalankan pada waktu tengahari..kecuali bagi sekolah yang ada dewan..

Jadi, dengan pengalaman, pengetahuan serta buah fikiran dari rakan-rakan..bolehlah kiranya..memberikan cadangan jadual waktu atau berkongsi serba sedikit tentang penjadualan seharian anak-anak..

Sunday, December 16, 2012

Gagal Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca... jika masih ada yang membaca... setelah hampir setahun tak update... kini aku keluar dari pertapaan membawa berita serupa... maseh dalam situasi yang sama... setelah permohonan pindah dinafikan sebanyak dua kali aku gagahkan diri ke putrajaya... namun..nasib masih tidak berubah apabila keputusan yang dikeluarkan semalam... ayatnya berbeza namun maksudnya sama... aku harus kekal berjauhan mungkin setengah tahun atau mungkin satu tahun lagi...atau lebih lama lagi... walau apa pun yang terjadi...kehidupan harus ditempuhi dengan positif... harap lepas ni dapat berfikir dengan lebih positif... bertindak dengan lebih positif... tahun baru bakal menjelma...azam masih sama... kehidupan yang bakal dijalankan akan aku susun dengan lebih sempurna... semoga apa yang dihajatkan dan diinginkan akan dimakbulkan oleh tuhan sekelian alam...Allahuakbar...

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...