Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bila bercakap tentang kejayaan orang selalu akan cakap, tanpa disiplin kejayaan tidak akan dapat dikecapi..
Namun, bilakah seseorang itu mula berdisiplin atau tahu bila masa perlu mula berdisiplin..
Adakah sudah terlambat untuk kita apabila kita sedar disiplin itu penting..
Adakah kanak-kanak tahu mereka perlu berdisiplin untuk berjaya..
Banyak betul persoalannyakan…namun rasanya..kanak-kanak tidak tahu bahawa mereka perlu berjaya..apatah lagi perlu hidup berdisiplin..
Maka sebenarnya semuanya ini harus hadir dalam diri ibu bapa atau orang yang lebih dewasa..
Ramai orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya..tapi bila masa yang sesuai…sejengkal..dua jengkal..sehasta..atau sedepa..?
Hahahaha…walau dari mana pon ia bermula..apa yang penting..kita bermula dari sekarang…dari saat ini..
Apa yang nak dibincangkan disini adalah..jadual waktu harian anak-anak..
Wahidah dan Khairina yang bersekolah tadika setakat ini tidak ada jadual yang formal dan terperinci..
Kebanyakan masa dihabiskan dihadapan TV dan bermain tanpa ada hala tuju..
Rasanya belum terlambat untuk menyediakan jadual yang formal untuk mereka..
Begitu juga dengan Hadi dan Dhani yang maseh belum bersekolah..
Hampir sepanjang hari bermain dan menonton TV..
Bagaimanakah caranya jadual waktu yang terbaik dapat disedikan untuk mereka supaya jadual waktu ini tidak memberi tekanan mahupon merampas saat-saat kehidupan kanak-kanak mereka..
Jika disekolah ketika ini guru-guru sedang sibuk menyediakan jadual waktu untuk sesi 2013..namun dirumah..bagaimana harus kita bermula..
Kurikulum yang telah diselaraskan oleh KPM hanya mengkehendaki guru menyusun sahaja…namun untuk waktu anak-anak dirumah bagaimana pula?
1. Apakah aktiviti yang harus dilakukan sepanjang hari..
2. Berapa masa yang diperutukan untuk setiap aktiviti..
3. Waktu bilakah aktiviti itu sesuai dijalankan..
Sebagai contoh..matapelajaran pendidikan jasmani perlu dijalankan 30minit 2kali seminggu..dan tidak boleh dijalankan terus dalam masa 1 jam…juga tidak sesuai dijalankan pada waktu tengahari..kecuali bagi sekolah yang ada dewan..
Jadi, dengan pengalaman, pengetahuan serta buah fikiran dari rakan-rakan..bolehlah kiranya..memberikan cadangan jadual waktu atau berkongsi serba sedikit tentang penjadualan seharian anak-anak..
Family Friends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebag...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur.. sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri s...
No comments:
Post a Comment