Assalamualaikum dan salam sejahtera...lama sungguh berehat daripada membuat karangan ni..sampaikan password pon dah lupa..bukan terlalu sibuk..tapi tak tau nape malas sangat nak update blog..hehehe..
al-kisah arini nak cerita..SEKALI LAGI terpaksa ber-PJJ..sejarah PJJ ni bermula dekat hampir 3tahun lalu..(1 january 2009)..masa tu wife dapat kerja di KK Bandar Penawar..yang jaraknya agak jauh dr JB..so kami buat keputusan start PJJ..wife duduk kat BP dan aku duduk kat JB..anak2 pulak tumpang kat rumah mak aku kat serting..bila hujung minggu wife aku balik JB than kitorg terus drive balik serting..kalau nak tau jarak nye..boleh la google map..tp yg pasti..setiap kali blk aku mesti mcm nak patah pinggang..sampai dah nak pagi sabtu..ahad petang dah kene balik semula ke JB..pagi isnin wife aku balik BP..
memula ok..tapi dah sebulan aku rase macam tak ok..bulan february company aku offer sape nak VSS..aku pon apply..tp tak lulus...mungkin pekerje contoh..tu yg die tak bagi berenti...tapi takpe..hujung bulan march dapat bonus...keesokan harinya aku terus bg surat resign..sebulan kemudian aku pon berhenti pada (30 april 2009)setelah hampir 5tahun berkhidmat (9 julai 2004)..gila tak gila berhenti tanpa merancang bebetul..aku pon balik serting tolong mak aku berniaga kat kedai makan...so masa ni aku agak gumbira sebab dapat tinggal semula dengan anak2..tp wife masih duduk di BP..
setelah menjadi penganggur beberapa bulan dengan hanya membantu mak aku di kedai makan..akhirnya aku dapat buka kedai makan sendiri pada bulan julai 2009..modal hasil bantuan mak bapak dan adek2 aku...hehehe..tapi macam biasa baru mula berniaga pendapatan agak di bawah tahap yang memuaskan..duet simpanan semakin hari semakin kering..pada suatu hari masa hantar makanan ke PPD aku terjumpa cikgu aku mase sekolah..die pon cadangkan aku jd GSTT..bila bincang dgn keluarga..diorg pon cadangkan aku ambil la peluang tu..sementare pendapatan kedai belum ok..mak aku la tolong berniaga..
pada akhir julai 2009 bermula la kehidupan aku sebagai GSTT sehingga la tamat kontrak pada 31 disember 2009..selepas tu aku kembali berniaga di kedai aku..alhamdulillah pada januari 2010 hadi selamat dilahirkan setelah menempuh berbagai cubaan ketika mengandungkan dia...(wife keluar masuk hospital sejak bulan november..)
pada bulan feb 2010 aku buat pertama kalinya apply KPLI..
pada penghujung 2009 dengar2 permohonan wife aku untuk berpindah diluluskan..namun tarikh takda lagi...pastu dengar2 dibekukan pula...sehingga la keluar dari hospital keputusan belum lagi pasti...lepas je keluar hospital...kami pon bergegas ke seri kembangan..bahagian penempatan untuk mengetahui situasi sebenar...
ni baru separuh cerita..hehehe..separuh lagi aku sambung nanti la ye...
BERSAMBUNG.....
Family Friends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebag...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur.. sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri s...
No comments:
Post a Comment