Family Friends

Monday, April 4, 2011

From The Kitchen: Yee Mee Kicap

Kepada tuan punya blog..saya dah mengaddkan diri saya sendiri sebagai guest writer yek (huhu jgn marah yek...)
ok hari ni nak add menu weekend aritu.. yee mee kicap (setelah teringin nak makan tp giant,tesco..carefour dan sewaktu dengannya jauh sangat) maka saya menggodak internet dan mencari resepi ni.. alhamdulillah jumpa jugak kat blog kak umie.. and budak-budak kecik yang hantu kicap tu suka makan mee ni.. saya buat simple jek sebab budak-budak ni xsuka makan sayur..so slow-slow ajar dieorang makan sayur ni...siapa ada advice macam mana nak bagi budak-budak suka sayur..


hehe my culinary art skill memang out..janji dapat masuk perut jek..haha takpe pasni belajar cara-cara culinary pulak....

so ini resepinya and the taste..memang sama macam kat giant,tesco,carefour dan sewaktu dengannya cuma yang ni memang saya letak cendawan banyak sebab kalau makan kat kedai..cendawannye sikit bangat....

Sumber: blog kak umie..

Untuk kuah yee mee:

Bahan Ditumbuk:

  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bahan Sampingan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil (sya guna daging di bahagian dada ayam jek)
  • 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang
  • 1 batang lobak merah, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong kecil
  • 3 sanggul yee mee kering
  • 4 - 5 cawan air
  • bancuhan tepung jagung
Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil)
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih
Cara-Cara Masak Kuah:-
  1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk.
  4. Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.
Cara Hidang:
  1. Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate (takde hotplate guna kuali pun boleh), biarkan didih sebentar.
  2. Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  3. Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan lobak merah dan tomato.
  4. Kalau nak letak telur pun boleh, macam kat kedai tu.Hidangkan panas-panas..best
*Tuan punya blog ade request resipi pan cake..resipi dah ada..bahan dah ada..cuma x bekesempatan buat lagi...(selagi si kecik tak tido awal...) so tunggu weekend ni baru buat yek.. tuan punya blog...jadi baby sitter ok...

No comments:

Post a Comment

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...