Family Friends

Thursday, March 31, 2011

seni cardboard


sejak akhir-akhir ni aku selalu nampak kawan2 kat FB letak profile pic mcm ni..nampak cute miut je..mcm menarik kn..

so aku pon cube la search..tembak je la ape-ape kate kunci...last-last jumpe gak dgn kata kunci "cardboard art" dan "box art"..

rupenye mcm-mcm lg yg kite boleh buat dr bahan terpakai ni..bukan yg simple-simple mcm ni je..bahkan bg yg kreative, bende-bende kompleks pon die boleh buat..ade yg tak masuk akal..yg penting kreativiti dan ketekunan..


aku pon terus search dan search lg.......


dan terus search lg......


dan akhirnya aku jumpa ape yg aku boleh buat dgn anak2 hujung minggu ni...


dan munkin juga yg ini..


apa lg kawan-kawan..selamat mencuba..buktikan kreativiti anda..
nampak mcm tak susahkn..kalau korg search lg..
akn jumpa yg susah dan payah..
kalau minat boleh la cuba..buat kapal titanic..
lebih besar dr rumah..
hehehe..


Wednesday, March 30, 2011

Minggu ke-10 bakal berakhir

dah nak akhir-akhir ni rase makin malas pulak..mata makin berat..jari-jari nak manaip makin berat..otak nak fikir lesson plan makin berat..nak-nak bila dah selesai observation..markah pon dalam perjalanan..rase nye lulus..tp bukan cemerlang..aku pon tak nak cemerlang..sbb ape? sbb yg sama la...MALAS..malas nak kene observe lg..oleh org2 besar pulak tu..

kerja pon dah makin banyak..makin tangguh makin bertimbun..betul la mak-mak dulu
pesan..jgn tangguh kerje..ape dah jadi? camni la jadi nye..dah boleh jual timbang kati..silap-silap weekend ni tak boleh cuti..org lain sibuk2 berjalan-jalan..aku dapat memerhati je..

biasa bile nak weekend, mcm2 plan nak buat dgn ank2..tp stakat ni belum ade yg berjaya..bila dah
blk kg tu..rase penat sgt..kalau tak travel pon dah penat..ini kn pulak..asal weekend je blk kg..pegi balik dah 300km..setiap minggu..tak sabar nak abiskn semua ni..dan hidup dgn ank bini..tp nak buat camner..org tua pon ade kate..eh asek bg peribahasa je..

berakit-rakit ke hulu..
berenang-renang ke tepian..
bersakit-sakit dahulu..
bersenang-senang kemudian..


Tuesday, March 29, 2011

Deco Deco Beng Beng Boong !

Jom..jom..join..join..

buah cempedak diluar pagar..
ambil galah tolong jolokkan..
saya budak baru belajar..
kalau salah tolong tunjukkan..

Hujan


hari ni bersemangat betul..setelah tunggu 2 hari..akhirnya tiba giliran rumah kuning..ptg ni ada latihan rumah sukan..tak sabar rasenye nak tgk gelagat budak2..smlm tgk rumah merah..kesian pon ade kat bebudak..ramai yg semangat dtg nak buat latihan..tp yg nak melatihnye..hmm letih..nasib ade haffiz tolong..kalau tak memang melolong je la bebudak..tak mcm hari isnin..rumah biru ramai cikgu lelaki..walaupun ada yang berkemeja..latihan tetap berjalan..harap-harap rumah kuning hari ni best..tp pagi2 dah nampak mcm tak best..HUJAN..padang mesti teruk..padang sini macam sawah kalau hujan..hmm..ape la nasib..semangat kesukanan mesti diteruskan..sbb dah 3 minggu x main futsal..badan pon dah sengal-sengal...bukak arkib jap..tgk gamba lama...

Sunday, March 27, 2011

PIBG

Keperihatinan seorg guru tak cukup, ibu bapa perlu lebih memainkan peranan, dan bila semua bekerjasama, hasilnya, kejayaan anak-anak..(IBU BAPA GURU)

sabtu lepas mesyuarat PIBG sekolah yg menyebabkn aku x dpt blk kg pd hari JUMAAT..tp ada hikmahnya juga..baru tahu apa yg selalu cikgu2 lama cakap..pandangan org luar khusus nya ibu bapa or penjaga terhadap guru-guru..terlalu banyak yg di utara kan..kenapa x guna perkataan selatan..aku pon x tau..dr dulu org selalu ckp diutarakan..aku x nak sentuh banyak2..cukup beberapa perkara..

1) guru rotan pelajar sbb tak buat kerja sekolah, siap seorg ibu ckp, dia tgk pekeliling KPM, tak buat kerja sekolah adalah kesalahan kecil...tetapi sebelum cuti sekolah aritu, ada seorg cikgu baca buku peraturan dr KPM, tidak buat kerja sekolah BERULANG adalah kesalahan besar, bila anak kene rotan mak bapak bising, tapi anak tak buat kerja sekolah dia tak bising, dalam buku pon disediakan check list, ibu bapa kene sign bila anak dia buat kerja sekolah, so ibu bapa sendiri tak semak kerja sekolah anak2, dia tak bising pulak..tak faham betul..

2) guru bagi kerja sekolah terlalu banyak sampai ank takde masa nak berehat...hmm..no komen la..nanti ank gagal, ckp cikgu tak cukup bg latihan..so..?

3) seorg bapa cakap..saya tahu ank saya lemah matematik, isteri saya master dalam bidang ekonomi, dia juga tahu pasal matematik, tp cikgu bg kerja matematik terlalu banyak sehingga anak saya tidak boleh buat kerja lain..hmm..ape punya bapak la..dah tau anak lemah tapi bini pandai, suruh la bini tolong ajar anak tu..bukan tanggungjawap ajar matematik tu terletak di bahu guru matematik sahaja..nak ckp lebih kang marah pulak..

nasib baik aku belum jadi guru betul..kalau tak..dah lama aku balas..jd buat mase ni..hanya ni yg aku mampu balas..dgr la lirik lagu ni..

diriku dah berikan yang terbaik,
dan bukannya nak mengungkit,
siapa benar, siapa salah,
siapa menang, siapa kalah,
dah berikan yang TERBAIK.


p/s : video klip agak 18<..ni ok sket..yg MTV lagi18<<

Friday, March 25, 2011

5 tip mudah ajar anak



Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.


Dipetik dari : Pa&Ma

Wednesday, March 23, 2011

From The Kitchen: Makaroni Bakar




Selamat pagi semua..kembali kita semua ke dapur kecil saya..huhu setelah berhempas pulas mengshoppingkan diri mencari bahan-bahan (kecewa..kat BSJ ni banyak yang takde...)..setelah berhempas pulas menidurkan si kecik yang semakin ganas tu..kembali kita besama Mrs Fazil and the chef's (wahidah & khairina).Kali ni kiteorang buat Makaroni Bakar.. yang x berapa menjadi akibat sedikit kesilapan teknikal....hehe...resepi ni ade ubah-ubah sket sebab xdapat cari semua bahan-bahan



Sumber: dari En Mat Gebu (DTS..favourite blog masakan aku nie....masakan dia semua best)

Bahan-bahan
250g makaroni (lebih kurang separuh paket, rebus dengan garam dan sedikit minyak sayuran/minyak zaitun)
125g keju mozarella (potong nipis atau parut)
1 tin cendawan butang (toskan dan potong nipis/halus)
1 tin tuna (toskan, utk resepi ni saya guna mackarel sebab xjumpa tuna)
1 biji tomato (cincang dadu,saya guna 2 biji sebab budak-budak ni suka tomato)
1 biji bawang holland/besar(cincang dadu)
3 biji bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh lada hitam
2 helai bay leaf
1 sudu besar sos tomato (saya letak 3 sebab budak-budak ni suka rasa tomato)
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

utk kastard
5 biji telur
50ml susu sejat
1/2 sudu teh lada hitam
sedikit garam dan gula

Cara-cara
a)rebus makaroni dan toskan sehingga kering apabila masak.gaulkan dengan sedikit minyak sayur/zaitun.sediakan tin pembakar bentuk 4 segi saiz lebih kurang 8 inci.alaskan dengan aluminium foil dan lenserkan dengan mentega.panaskan oven sebanyak 175'c.
b)sediakan kuali,masukkan sedikit minyak.tumiskan bawang putih,bawang besar dan bay leaf.kemudian masukkan tomato cincang dan tomato sos.kacau dan masukkan sedikit air.masukkan lada hitam dan 1/2 dari cendawan.kemudian masukkan tuna/mackarel dan pecah-pecahkan isinya.masukkan garam dan gula mengikut citarasa dan gaul rata.bila rasa dah ok boleh matikan api dan biarkan sejuk.
c)sediakan kastard untuk digaul dengan makaroni.whipkan telur,susu sejat,lada hitam,garam dan gula secukup rasa di dalam bowl hingga sebati.kemudian gaulkan kastard sebati dengan makaroni yang sudah ditoskan tadi.
d)sediakan tin pembakar tadi.masukkan 1/2 makaroni di bahagian bawah tin dan ratakan.kemudian tuang bahan b dan ratakan.masukkan baki 1/2 makaroni di atas bahan b dan ratakan.kemudian baki 1/2 cendawan tadi susunkan rata di atas lapisan ke -3.akhir sekali susun rata mozarella di lapisan paling atas.kemudian masukkan tin pembakar ke dalam oven dan bakar selama 30-35 minit.hidangkan waktu panas-panas.

note:
untuk budak-budak kecik ni dieorang suka letak sos tomato atas makaroni bakar ni sebab dieorang memang gilakan tomato.



Tuesday, March 22, 2011

Unit 4 : Like & Don't Like





kawan-kawan yg ngajor english year 2...ni ape yg aku buat...hehehe...
saje nak share...fikir-fikir kan camner nak buat bg best...
semoga berjaya...


Friday, March 18, 2011

From The Kitchen: Home Made Pizza




Last Tuesday merajinkan diri untuk mencuba resepi Home Made Pizza ni walaupun percubaan kali pertama doh roti agak keras..haha xpe usaha tangga kejayaan...dibantu oleh chef amatur wahidah dan chef amatur khairina..sama-sama menguli doh...


sumber: tq kak umie for the recipe

Bahan untuk doh :

500gm tepung roti
12gm garam
8gm yis
16 ml minyak sayuran
250ml air suam

Bahan untuk topping ( yang nie dimodified dari resepi kak umie)
4 batang sosej (dikerat halus)
4 batang crab stick (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong kiub)
Beberapa biji cendawan butang (dipotong nipis,kuantiti ikut masing2)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit minyak sayuran
sos cili
sos tomato
mozarella cheese

Cara-cara:
Membuat doh
-campurkan kesemua bahan untuk doh dan kemudian uli rata sehingga membentuk sebiji doh roti.tutup doh tersebut dengan kain kering yang bersih selama 15-20 minit sehingga doh mengembang.kemudian leperkan doh dan masukkan ke dalam pan pembakar pizza.ratakan doh di atas pan dan biarkan sedikit tebal dihujung pan tersebut.

Membuat topping
-Masukkan sosej,crab stick,bawang besar dan cendawan butang ditumis dengan sedikit minyak sayuran sehingga separuh masak.masukkan sedikit garam dan lada sulah.angkat dan sejukkan.

Membuat pizza
-Doh yang siap dileperkan di atas pan hendaklah disapu dengan sos cili dan sos tomato mengikut selera masing-masing.kemudian taburkan topping yang separuh masak tadi dan akhir sekali parutkan mozarella cheese di atasnya.bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing yek.Bila nampak roti kembang dan cheese mencair itu tanda-tanda pizza hampir masak.

Note:
untuk topping boleh tukar ikut selera masing-masing...saya pernah try letak topping sate and rasenye sangat best..kalau nak letak topping seafood pun boleh.....budak-budak suka pizza nie sbb masakan dia light dan topping boleh dipelbagaikan..lepas nie dah save duit xpayah pegi pizza hut..hehe


Hadi..in ER





Ala kesiannye hero sorang nie..on 16th March..he supposed to celebrate wahidah's birthday..tapi there's something wrong..dari petang sampai mama dia balik kerja dia muntah-muntah..even bagi air masak pun still muntah..tanpa berlengah lagi terus kiteorang bawak hadi ke ER Hospital Jempol..disebabkan bukan rezeki kami..time jejak kaki kat ER tu ambulan bawak patient accident baru sampai..so terpaksalah menunggu hampir 2 jam sebelum sampai turn masuk ER tu..Hadi kat luar dah menangis haus..tp bile bagi air masak..automatik dia muntahkan semula..

in ER..dr bagi air garam berperisa oren..alhamdulillah dia boleh minum & x muntahkan lagi tp still kene observe dan masukkan 1botol air sebab dia dah kekurangan air..time nurse tu nak pasangkan drip..ingatkan dia akan meraung sekuat-kuat alam..tp alhamdulillah lagi..maybe

sbb dia dah terlalu letih diam jek time nak pasangkan drip...dan alahmdulillah lagi sepanjang masuk air..dia tidur dan x muntah-muntah lagi...at last dlm pukul 11 dr benarkan hadi discharge..dan kalau muntah lagi dia kena hantar ke ER semula...tapi sampai hari nie hadi makin ok dan makin aktif mengacau kakak-kakak dia...dr ckp kemungkinan besar Hadi food posining..mungkin ada makanan yg kalah dengan perut dia..mujur kakak-kakak dia xkena..kalau x penuh wad pemerhatian dengan 3 beradik tu......

Wednesday, March 16, 2011

hari panjang yang memenatkan..

bgn seawl pg tgk champion league...x best man U menang...pas subuh tido semula...bgn kul8..2nd day jaga wahidah & khairina mase cuti seorg diri...dekat2 kul11 g kedai..tolong anta catering..pastu ambil hadi..babysiter ade keje pulak..semue maseh berjalan lancar...dlm kul3 wahidah nak ikot mak blk..

aku : kakak, jgn la ikot nenek, petang ni kite nak gi beli kek....hari ni kan 16 haribulan 3 besday kakak..
wahidah : wooop..wooop..bape kali nak 16haribulan..haritu kat umah nekcu kan dah 16haribulan..dah sambut besday..(muke serius x ingat)

hahahaha...mase tu 14hb..kat kg...sbb dah ramai-ramai tu..saje la..nak sambut besday sesape yg bulan 3 tu..xtau pulak die ingat bebetul aritu besday die..
yg pelik..kali ni die x nak pulak...biasenye..pantang jumpe kedai kek..mesti jatuh besday die pada aritu...

pas mak balik..nak tidokan hadi..tetibe hadi muntah..dan muntah..dan muntah..dan muntah..sampai dah xde ape nak dimuntahkn..g klinik...ingatkn dah ok..x ok jugak..
gi spital..dr kul6 sampai 7 lebih baru dapt jumpe dr...hadi terus muntah dan muntah..
masuk air kat tgn..sambil minumkn air garam..akhirnye kul9 lebih...baru ok...baru dpt tido..
lega la sikit..xde bende yg serius..
sampai umah dah nak kul11..

nasib yg 2 lagi berkelakuan baik dirumah..tp dgr cerite budak 2 org ni buat hal kat umah nenek die..hehehe...

save our children future..

al kisah pada hari selase..aku berhasrat membodek ank2 aku..so aku bawak la g kedai rm2..
budget ciput..lepas siap menyelongkar 1 kedai..diorg pon konfem nak beli drawing blok ngan pensel warna sorg 1 set..mase nak bayar..

casher : dek nak plastik?
wahidah : saya x nak plastik..
casher : adek nak plastik?
khairina : saya pon x nak plastik..
aku : selamatkn dunia, jgn guna plastik..
casher : (senyum jek.. xtau la faham ke x..)
aku : (rase mcm poyo pon ade..hahaha..)

tp tu la...kekadang bende yg kecil kita mulakn..mungkin akan beri kesan yg besar 1 hari nanti kan...

Unit 4 : My Family..


hmmm...camner..?
dah masuk minggu2 last nih..
ape yg aku boleh buat..?
ape yg terbaik aku boleh bg..?
fikir-fikir-fikirkanlah...

Thursday, March 10, 2011

From The Kitchen: Sticky Caramel Chicken

Huhu..tetiba dapat ilham nak memasak semalam...sambil blogwalking (sekarang nie hobby blogwalking mom's and food blogger...huhu terangkat selera jap)..terjumpa resepi nie... Sticky Caramel Chicken...sekali imbas mcm chicken wing kat pizza hut plak...aper lagi balik keja laju jek beli bahan2 try buat...alhamdulillah..menjadi gak 1st trial nie...haha dan bebudak kecik tu semua cakap best...so buat smua kaum2 ibu dan anak2 dara sekelian..boleh try resepi nie..sangat senang dan bahan2 dia pun mudah untuk dicari..sesuai utk ibu2 yang ada anak2 kecil..sebab mostly budak2 suke makan ayam macam nie....


Sumber : tq MamaSya for the recipe....

Bahan-bahan

12 ketul chicken wing (belah 2 dpt 24 ketul)
3 ulas bawang putih (diketuk/ditumbuk)
Sedikit halia dicincang (1 sb)
2 sb kicap
1 1/2 sb sos ikan
1 sb sos cili
1/4 cwn (60 ml) madu

Cara-cara
-Panaskan kuali dan masukkan 2 sb minyak.Kemudian tumiskan bawang putih dan halia.Masukkan chicken wing dan kacau lebih kurang 5 min.
-Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan sos tadi.Gaulkan dengan rata dan biarkan api serdahana.Tutup kuali sementara nak tunggu sosnya tadi tu caramelized dengan chicken wing.Sekali-sekala kacau untuk bagi sos tu melekat sama rata.Biarkan chicken wing tu dengan api serdahana sehingga chicken wing bertukar menjadi golden brown ataupun kuahnya melekat pada wing tersebut.Tutup api dan kemudian hidangkan.

Note:Bila masukkan madu,sos akanjadi berbuih.Bila ayam dah hampir masak sos akan kelihatan macam hangit.Jangan takut yek..biarkan jek sampai sos betul2 caramelized dan sticky pada ayam.

Hasilnya..(gambar diambil dari bekas tupperware pagi ini....agak blur sket...)



Selamat mencuba...kalau korang ada resipi yang menarik..same2 lah kite kongsi..terutamanya resipi untuk kanak2....

Wednesday, March 9, 2011


hmmm..hujung minggu lepas, wahidah sekali lg menyuarakan hasratnya...aku dah tak ingat dah berape kali die buat permohonan lisan nih..die ckp "abah, akak nak masuk tom tom bak"...
ngeee~..ingat senang-senang je..tanpa buang mase die pon mcm biase la..menyanyi dan buat persembahan depan aku...aku pon ckp la "tu la, kene cepat pandai bace, baru boleh masuk, nyanyi dah ok, tp lirik ke laut"..hahaha...berjaya la kononye...die pon ubah persembahan.."abah, akak nak menari je la, x yah nyanyi"..hahaha..sudah..ape lg alasan nak bg..aku ckp"berani ke kak, orang ramai tu, kalau kat pentas tu mane ade org tua teman"...die ckp "berani, mcm g sekolah, pagi anta, nanti ambik la, mane ade org teman"...huhuhu...ape lagi nak bg alasan...aku pon ckp.."ok..nanti kalo akak tau ade uji bakat dekat2 sini bagitau, abah anta, ok? sbb diorg uji bakat tu jaoh"...selamat untuk sementara waktu..die pon ckp "ok, kalau tom tom bak dtg sini, akak bgtau abah"...selamat tom tom bak x kan dtg tempat aku..huhuhu..

Wednesday, March 2, 2011

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda


Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, ibu bapa mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda

1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.

5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.

6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...