Family Friends
Tuesday, July 26, 2011
Ramadhan Menjelma..Raya akan kunjung tiba
bila cakap baba raya..hmm yang terlintas di fikiran budget.. budget baju raya..budget duit raya..budget kuih raya..budget balik kampung..hmm tahun ni untuk balik kampung memang keluar dari list.. sebab beraya kat sini saja..... cuma tambah ahli baru dalam list.. budget untuk kehadiran ahli baru..huhu pening jap..mujur ada saving sket yang boleh guna time-time kritikal macam ni.....
Berita gembira untuk para GSTT sekelian..akhirnya GSTT yang layak akan diberi peluang untuk mendapat lantikan tetap.. alhamdulillah rezeki korang-korang sempena ramadhan ni.. si la refer link ini... Berita Harian
Tapi untuk tuan punya blog ni..sampai sekarang masih ternanti-nanti tarikh posting.. hmm.. memang mencabar minda betul..nak-nak sekarang ni..semua benda perlukan duit..kalau husband atau wife jek yang bekerja memang untuk saving pun tak dapat.. even nak masuk toilet pun dah naik harga sekarang... doakanla ada rezeki buat kami sekeluarga sempena nak menyambut kehadiran ahli baru ni nanti...
Agak-agak tahun ni PM xanak bagi intensif raya ke untuk government staff.. ahkak rosmah kita dah ada cincin 24 juta tu.. tak kan nak hulur rm 100 ke rm 500 kat kita-kita yang berkhidmat untuk negara ni pun tak dapat..huhu statement maut nie...hehe.....
26 ogos..sebulan lagi..
Monday, July 25, 2011
kembalikan FB Chat versi lama
cekodok bukan cekadak...
Thursday, July 21, 2011
rombongan..
Tuesday, July 19, 2011
CUN..
Monday, July 18, 2011
Jepun juara FWWC 2011
Sunday, July 17, 2011
Happy 6th Anniversary...
dah 6 tahun..alhamdulillah masih lagi bersama dengan 3 kids (+ 1 coming soon ) tak lama lagi.. syukur pada-Nya di atas rezeki yang dikurniakan.. dan bakal rezeki yang akan kami terima nanti..
to en tuan punya blog..
tq la sbb banyak bersabar dengan karenah isterimu ini yang banyak songeh ini dan minta maaf kalau ada terkasar bahasa.. tersilap cakap..terkutuk ke sepanjang 6 tahun ini...hehe
segala kepayahan dari mula kita membina keluarga ini hanya kita yang merasa.. mereka semua mungkin melihat segala-galanya mudah bagi kita cuma kita sahaja yang merasai kepayahan dan kepahitan untuk mendapatkan apa yang kita ada selama ini...
kepada yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga...diucapkan terima kasih dan semoga doa kalian merestui kami hendaknya...
semoga Tuhan terus memberi kami kekuatan untuk menghadapi segala dugaan-Nya kelak dan semoga dipermudahkan rezeki untuk kami sekeluarga...
maid : keperluan atau kehendak..?
Thursday, July 14, 2011
berbasikal ke sekolah..
1. SK Bandar Baru Serting 700 meter..
2. SK Serting (Felda) 1.8km..
3. SK Serting Tiga 2.3km..
Wednesday, July 13, 2011
posting checklist..
daripada sibuk fikir bila nak posting..ape kate korang sibukan diri buat persediaan dulu..hehehe...
kat ni ade list cadangan..kalau ade tertinggal tolong bgtau ye...
aku tak ingat IPBA ade bg 2 surat utk sekolah kan...
1. surat keselamataan..
2. yg mase KISSM aritu..ape eh..
checklist:-
1) Buka akaun KWSP – yang dah ada gi check nombor akaun, yang belum ada buat la ape lg, kene buat awal takot-takot tempat posting takde pejabat KWSP.
2) Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk yang posting ke Sabah & Sarawak – terutama yg bujang2..hahaha..harap2 aku kene kat negeri Sembilan je...
3) Surat Penempatan - akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah.
4) KISSM & BTN – yg dah buat jgn hilang sijil, kalau belum pergi or gagal, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri…hehehe..
5) Buku Bank - lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan..
6) Gambar pasport – mane tau tempat korang nanti takde kedai gambar…kate pedalaman..hehehe..
7) Fotostat & bawa original copy benda-benda di bawah ni:
Sijil-sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah menengah & maktab/IPTA, Surat beranak, Kad Pengenalan, Buku bank, Surat penempatan, Surat nikah, Sijil KISSM, Sijil BTN dan lain-lain yg di fikirkan perlu..
Monday, July 11, 2011
lesen oh lesen..
selamat malam semua...
Sunday, July 10, 2011
selamat pagi cikgu...
Thursday, July 7, 2011
bacalah...
trilogi : pakar rujuk..
#6 : Handy Manny
Wednesday, July 6, 2011
speechless version...
chloe's closet..
Tuesday, July 5, 2011
Senai-->Desaru kini hanya 45minit...
Sunday, July 3, 2011
Malaysia tak sihat sebab terlalu prihatin...
Friday, July 1, 2011
kegembiraan si July
COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...
-
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebag...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur.. sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri s...