“In my country, it’s NORMAL for parents to spend more than 50% of the family’s monthly income on our children’s education. It’s the same for you MALAYSIANS too right?”- seorang sarjana dan penyelidik pakar dari Korea Selatan.
Apakah alasan kita? Kenapa kita masih tidak mampu membelanjakan sepertiga atau separuh pendapatan bulanan untuk si kecil kita?
“50% pendapatan untuk pendidikan? Nak bayar kelas tuisyen sekolah pun orang kita banyak berdalih. Tapi saya tengok dalam banyak rumah tentu ada ‘game’ macam PlayStation segala. Ada koleksi DVD untuk hiburan. Tapi kalau buku? Saya tak berani cakap.”
Tauladan
“Saya rasa benda baik macam ni kita kena jadikan teladan. Kalau berkemampuan tak ada salah untuk belanja banyak. Lagi pun semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hantarlah ke kelas tambahan atau apa saja yang perlu demi kebaikan anak-anak.”
Memang benar, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi si kecil praformal 0-6 tahun yang sedang aktif belajar dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Tanpa rangsangan yang cukup, sudah tentu daya pemikiran mereka akan menguncup dan tidak dapat mencapai sepenuh potensi diri.
Ubah Paradigma
Sikap kita yang negatif serta pemikiran yang tidak produktif berkenaan perbelanjaan pendidikan si kecil perlu diubah serta-merta. ‘Mentaliti subsidi’ di mana kita mahukan pendidikan yang terbaik buat si kecil TETAPI kita tidak mahu berbelanja (melabur) ke arah itu juga suatu mentaliti yang amat buruk dan memalukan negara kita Malaysia.
Semoga dengan ketibaan 2011 ini kita semua akan dapat menambah pendapatan keluarga dan dapat membuat perbelanjaan yang lebih demi pendidikan si kecil. Moga-moga dengan izin Tuhan yang berkat usaha kita sebagai ibu bapa yang prihatin, si kecil akan terus maju ke depan.
COPY FROM MY FRIEND BLOG
ReplyDelete1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. _
nice...boleh try kat anak2 this weekend..
ReplyDeletePendapat saya,
ReplyDeleteini bukan tentang berapa yang diblanja untuk anak2 tetapi cukup atau tidak ape yang kita berikan kepada anak2..
lagi satu kita mesti ingat setiap anak ade rezeki masing2 yang telah ditentukan.. Ibubapa harus berikan yang terbaik unuk anak2 dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya mereka diberi petunjuk dan hidayah dan dilindungi dibawah naungan dan rahmat-Nya.
Ibubapa tak boleh salahkan anak2 bila mereka dewasa nanti tak jadi 'manusia' jika ibubapa sendiri tidak membimbing mereka untuk menjadi 'manusia' sejak dari kecil...
Dalam medidik anak2 duit bukan la segala2nya, tapi perhatian, kasih sayang dan didikan agama yang kukuh menjadi keutamaan. Artikel2 di atas banyak menekankan aspek2 ini.
kesimpulannya kita kene melabur..kene keluar modal..
ReplyDeletebukan sahaja modal wang ringgit...tetapi masa dan perhatian...
kene tumpukan pada anak2..