Family Friends

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah > IPBA

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah...rasanya belum terlambat utk mengucapkn selamat tahun baru kpd rakan2...biasanya apabila menyebut "tahun baru" org akn bercerita pasal azam baru, dan bile menyebut "maal hijrah" org akn bercakap mengenai penghijrahan...adakah hijrah itu hanya kpd keadaan yg lebih baik atau ke keadaan yg belum pasti...

ramai kawan2 bertanya kenapa aku bertukar kerjaya, dr bidang kejuruteraan ke bidang pendidikan..kenapa aku harus bertukar pekerjaan sedangkan semuanya sudah cukup, sebuah keluarga kecil dgn kereta dan rumah sendiri, semuanya seakan-akan sudah lengkap..tp kenapa aku berpindah kpd sesuatu yg belum pasti..."hijrah" ini tidak pernah di jangka..malahan dulu aku selalu ckp, kawan2 yg ambil KPLI ni mengambil jalan singkat utk hidup selesa..penghijrahan ini adalah secara kebetulan, dan mungkin ketentuan tuhan...

apabila kita menghadiri mana2 kursus motivasi atau sebagainya...penceramah sering berkata mengenai perancangan masa hadapan.."apa anda akan jd 5tahun lg..atau 10tahun lagi ?"..jd pd usia 28tahun, 10tahun selepas aku habis SPM..adakah aku berjaya dlm perancangan 5 dan 10 tahun aku ?..jawapan yg sukar di jawap..sebahagiannya aku dah capai..aku dah berjaya dpt ijazah dan bekerja selama 5thn...berjaya bina keluarga...sama2 beli kereta dan rumah sendiri...sama2 besarkn ank2 dlm keadaan yg sederhana...tp kenapa aku harus berhijrah sedangkan semuanya mengikut perancangan...??

manusia mmg tak pernah puas...adakah kenyataan ini betul atau salah...sebenarnya aku memangdang masa depan aku 5 dan 10 tahun lg dr perspektif kerjaya dan keluarga...aku melihat tidak akan ada perubahan dlm 5, 10 mahupun 30 tahun lg jika aku meneruskan kerjaya dlm bidang ini...ganjaran "duniawi" aku rasa tak berbaloi...setelah 5 thn berkorban masa bersama keluarga aku rasa tidak ada peningkatan atau perkembangan...semakin lame aku dah rase mcm duduk dlm hutan...setiap hari jumpe beberapa org yg sama...hantar ank ke rumah pengasuh pukul7 pg ambil 7mlm...kadang2 terpaksa x blk rumah..weekend pon still standby mood..dlm 5thn buat benda yg sama..tiada masa utk keluarga mahpon masyarakat...dengan keadaan yg tiba2 jd sangat sukar bila wife dpt kerje di bawah KPTM..semua jd kucar-kacir...aku duduk sorg di JB, wife duduk sorg2 di Bandar Penawar... dan ank2 terpaksa di tumpangkan di bawah jagaan keluarga aku...selepas 5 bulan aku buat keputusan utk tinggalkn kerjaya yg aku bina utk jd penganggur...2bulan jd penganggur aku x rasa menyesal sbb dpt duduk dekat dgn ank2...akhirnya aku dpt mulakan hidup baru dgn membuka sebuah kedai makan....jauh lg cerite nak sampai IPBA..bersambung...hehehe...

5 comments:

  1. wah,ada peningkatan ko nyer blog..cayook,cayook,cayook..kwn ku

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas sokongan anda..

    ReplyDelete
  3. betul juga... sebab tu gak la akak pk utk amik KPLI juga. Walaupun cikgu skrg kerja tak tentu waktu, tapi sekurang-kurangnya, masih juga ada sedikit masa yg lebih utk anak2 dan kuarga... :D

    ReplyDelete
  4. br ingat password google aku...huhu..btw bl cite ko nak samapai ipba?

    ReplyDelete
  5. kak anim : bnyk lg yg kite x boleh jangka kn..semuenye kuasa yg maha Esa..
    finaz : aku sambung bile nur kasih bersambung..hahaha..tunggu dpt ilham..

    ReplyDelete

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...