Family Friends

Tuesday, February 25, 2014

Program i-think

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
adakah anda tahu apa itu i-think?

dalam era globalisasi kini, dalam konteks Malaysia, dapat dilihat kemampuan berfikir murid-murid berada pada tahan yang sangat rendah...justeru itu pihak berwajib melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu program yang dijangka mampu melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam aras pemikiran..sekali gus dengan itu bertambahlah kerja-kerja aku sebagai seorang yang sering diberikan pendedahan baru...asal ada perkara baru...aku je la yang kene pergi...sekolah aku ni dah takda cikgu lain agaknya...ayat pon dah kampung ni...malas cakap banyak..korang semua check sendiri...klik pada kotak 4segi oren di bawah untuk maklumat lanjut...sekian untuk kali ini...


Monday, February 24, 2014

Inspirasi Ruang Television

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini cuci-cuci mata lagi..cari-cari konsep untuk letak TV di rumah yang mempunyai keluasan terhad..
sejuk betul la warna biru ni..


Sunday, February 23, 2014

PBS - KSSR -ditangguhkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dengan segala hormatnya..saya mengishtiharkan..
segala aktiviti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau lebih dikenali sebagai Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) adalah di TANGGUHKAN.. sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian..sila klik pada perkataan tangguhkan untuk maklumat lanjut...
harap maklum..hehehe...

Thursday, February 20, 2014

5 bersaudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Kalau tahun lepas upload gambar 3 beradik...tahun ni junior diorang pulak...
yang 3 tu dah besar...yang ni sedang cute...





Monday, February 17, 2014

The Inventor..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini nak cerita kisah budak yang sudah salah faham malam tadi..
masa tu mak dia nak keluar ambil baju dalam kereta..
dia pon sebok nak ikut..dia ingat nak gi bejalan..
bila dah kata nak ambil baju je..dia pon sebok nak ajak berjalan..
mak dia ntah macam mana boleh bagi alasan.."minyak kereta habis..."
dengan bersemangat waja die pon berlari masuk bilik ambil minyak baby bagi kat mak dia..
mak die pon jawab...minyak ni tak boleh..
die pon rasa tertipu dan terus mengamok..siap baling botol tu...
gambar pegang botol tak sempat ambil...ni gambar dah reda dari mengamok...pegang kunci kereta..panjat kerusi nak ambil sendiri kunci..nasib tak sampai..
kena juga bawa keluar malam-malam...tak nak berhenti menangis..



COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...