Family Friends

Friday, June 5, 2020

COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.


===================
COVID19 Bukan Pilihan.
===================

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin mengulas dan memberi sedikit pandangan berkaitan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang baru sahaja dikeluarkan oleh KPM.

Covid19 bukan satu pilihan, tetapi kitalah golongan yang terpilih untuk mengharungi bencana atau musibah ini. Tidak perlu kita persoalkan ianya adalah ujian atau balasan. Apa yang perlu kita lakukan adalah berkerjasama berganding bahu memilih jalan penyelesaian.

Saya hanya akan menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan diri dan sekolah saya. Oleh itu kita rujuk terus ke perkara 6.1.1

6.1.1.c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Ini bererti murid sekolah rendah KEKAL meneruskan PdP di rumah. Hanya pelajar Tingkatan 5 & 6 yang akan memulakan sesi persekolahan. Meneliti panduan yang diberikan dapat saya simpulkan bahawa, bagi sekolah rendah kita masih jauh untuk kembali semula ke sekolah.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah: 
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat; 
b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut; 
c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian; 
d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet; 
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian; 
Ulasan bagi perkara 6.4.3.a/b/c/d/e
Terdapat pelbagai kekangan untuk sekolah seperti sekolah saya. Sekolah yang agak besar yang mempunyai enrolmen murid melebihi 500 orang. Manakala sosio-ekonomi penjaga yang berada di paras sederhana di kawasan separa pedalaman. Antaranya ialah :-
1.    Capaian internet yang di bawah paras memuaskan.
2.    Latar belakang keluarga yang agak kekurangan, hasil bancian ada keluarga yang tidak mempunyai saluran TV seperti astro dan ada keluarga yang tidak langsung menggunakan telefon berdata internet.
3.    Tidak cukup peranti bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.
4.    Tiada printer dan lain-lain kelengkapan.

f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.f
Sekali lagi perkara ini akan menjadi satu kekangan untuk sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang ramai. Sedangkan pondok keselamtan di sekolah kami adalah kecil dan jauh dari bangunan akademik.

g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan.
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan.
Ulasan bagi perkara 6.4.3.g/h
Mengulas perkara ini perlu kita ingat PBD sentiasa berjalan walaupun PdP tidak berjalan seperti yang diharapkan. Adalah sangat sukar untuk menggunakan aplikasi google meet, classroom dan sebagainya kerana beberapa faktor utama seperti yang telah saya ulas di atas. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi whatapps, guru boleh menyapaikan dan murid boleh menerima bahan serta pengajaran dengan mudah walaupun masih ada segelintir murid yang tidak mampu menyertainya. Namun komunikasi ini seakan sekadar satu hala. Murid tidak dapat menyerahkan semula hasil kerja mereka kepada guru. Berhubung kait dengan masalah capaian internet murid mungkin sukar menghantar semula rakaman video mereka, dan jika mereka menghantar gambar hasil kerja mereka, menjadi masalah pula kepada guru sperti saya untuk menyemak. 3 kelas Bahasa dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Jadi cara paling mudah adalah dengan menghantar semula hasil kerja mereka melalui serahan tangan.

Penyelesaian ini membawa kita semula ke perkara 6.4.3.f. Seperti yang telah dibincangkan perkara ini akan menjadi kucar-kacir jika tidak diuruskan dengan betul.


================
Projek Pigeon Hole.
================

Pigeon Hole adalah peti surat yang biasanya digunakan di pejabat-pejabat yang mempunyai banyak sub-sub pejabat seperti pejabat-pejabat pendidikan yang mempunyai banyak sekolah di bawah pengurusan mereka.

Projek Pigeon Hole ini pula  adalah projek yang ingin saya cadangkan agar dapat membantu pihak sekolah menguruskan penyerahan dan penerimaan hasil kerja murid.

Projek ini juga boleh dijadikan 1 projek dibawah PBD oleh panitia seni atau RBT.

Kaedah yang dicadangkan adalah, setiap murid menyediakan pigeon hole mereka sendiri daripada bahan kitar semula. Setiap pigeon Hole ini perlu mempunyai 2 ruang iaitu HANTAR dan AMBIL bagi memudahkan penjaga dan guru mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Sudah tentu bagi sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang sangat ramai, pondok keselamatan bukanlah tempat yang sesuai. Kita boleh tempatkan pigeon ini di dewan sekolah atau bilik darjah dengan menyediakan beberapa SOP umum untuk penjaga yang ingin mengambil dan menghantar hasil kerja murid.

Kekerapan penjaga untuk hadir adalah 1 minggu 1 kali dengan jadual yang disusun mengikut aliran.

Murid perlu merancang kerja dirumah untuk menyiapkan tugasan semua subjek dalam tempoh satu minggu dengan berkomunikasi setiap hari menggunakan aplikasi whatsapp jika perlu, atau mengambil arahan bersama lembaran tugasan yang diberikan oleh guru di dalam pigeon hole.

Ini hanyalah cadangan asas, beberapa perkar pelu dihalusi lagi mengikut kesesuaian sekolah bagi memastikan kaedah ini berjalan lancer.

Sebagai penutup, sama-samalah kita berdoa agar semua ini akan berlalu dengan pantas dan kita semua dapat hadir dan melakukan pelbagai aktiviti di sekolah seperti sebelum ini.
Sekian.


Monday, June 1, 2020

Abah Wira yang Dilupakan..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Coretan hari ini adalah untuk abah saya yang sedang menjalani rawatan Hip Osteoarthristis..



Semua manusia dilahirkan mempunyai seorang bapa.. Semua anak akan kata bapa mereka berbeza dari bapa orang lain.. Namun saya tetap mahu mengatakan bapa saya seorang yang sangat berbeza dari bapa orang lain.. Tetapi saya masih bersyukur ada seorang bapa berbanding rakan yang telah kehilangan bapa..

Sejak dari kecil saya tidak rapat dengan bapa saya bahkan sering tidak sama pendapat.. Kadang kala ada rasa kecewa ada rasa sedih kenapa bapa saya tidak seperti bapa orang lain.. Tetapi semakin dewasa semakin saya mengerti berat beban yang dipikul oleh bapa saya.. Kami tidak rapat mungkin kerana masa.. Dia menghabiskan seluruh masanya untuk memberikan segala yang terbaik untuk kami.. Walaupun hidup sukar dia sentiasa berusaha keras untuk memberikan segala keperluan yang lebih dari sempurna untuk kami.. Tanpa pendidikan formal, tanpa kemahiran, bapa saya bergantung 100% kepada tulang empat kerat untuk menyara dan menyediakan keperluan bukan sahaja untuk kami sekeluarga bahkan untuk keluarganya dan keluarga ibu saya..

Ibu sering bercerita ketika kami berpindah ke felda tanpa apa-apa selain sehelai tikar dan sebiji motorsikal. Tanpa duit dan hanya membawa bekalan bahan makanan hasil pemberian saudara-mara dari kampung. Apabila tiba, bapa saya terus keluar mencari kerja.. Ketika itu sawit dan getah masih belum mengeluarkan hasil.. Jadi bapa saya terpaksa bersedia di tepi jalan menunggu mana-mana lori yang memerlukan khidmat menurunkan barang.. Ketika itu kerja ini adalah satu kerja yang paling diperlukan.. Menurunkan pelbagai keperluan pertanian.. Berguni-guni setiap hari sehingga badan jadi seperti jaguh bina badan walau tak pernah kenal apa itu gym.. 

Apabila ada tanah peneroka yang telah mengeluarkan hasil, bapa saya bekerja melempar buah kelapa sawit ke dalam lori.. Nak angkat pon saya tak larat lagi nak lontar ke dalam lori yang tinggi.. Ketika itu lori yang digunakan tidak macam lori sekarang.. Lori yang digunakan mempunyai pam hidrolik menyebabkan lori menjadi tinggi.. Bapa saya sentiasa bekerja di luar dari felda kami dan tidak hanya bergantung kepada kebun felda sendiri.. Perkara ini yang membuatkan dia tidak dapat meluangkan masa bersama kami.. Sehinggalah satu hari dia dimasukkan ke hospital kerana Apendiks pada tahun 1988.. Dan pada ketika itu, ibu dan bapa kepada ibu saya tinggal bersama kami kerana bapa kepada ibu saya sedang sakit..

Maka bermulalah karier baru yang lebih mencabar untuk bapa saya.. Tiba-tiba hidup kami berubah.. Bapa saya yang sentiasa menggunakan tenaga dan kekuatan untuk mencari rezeki tidak lagi dibenarkan melakukan kerja berat.. Namun Allah sebaik-baik perancang.. Ujian yang diberikan adalah di dalam kemampuan kita untuk melaluinya.. Arwah bapanya dulu adalah seorang peniaga sate.. Jadi tanpa kemahiran lain ibu bapa saya ambil keputusan untuk berniaga menjual sate.. Dugaan memulakan perniagaan tanpa sebarang nama dan branding amatlah sukar.. Pernah berniaga dan pulang tanpa sebarang jualan.. Pernah kuah sate jatuh tertumpah dan tidak dapat berniaga pada hari berkenaan.. Pernah ditipu dan diperdaya.. Kalau nak bercerita tentang berniaga mungkin kena buat satu catatan khas yang lain.. Namun disebalik setiap dugaan, Allah hadirkan juga banyak pertolongan sama ada melalui rakan-rakan atau nikmat-nikmat lain..

Cuma yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana bapa saya menggunakan semua masanya berusaha untuk memberikan segala yang kami perlukan.. Bapa saya akan bangun awal pagi dan tiba di Pasar Besar Bahau pada pukul8.. Pada awalnya berulang ke Bahau bersama barang keperluan dengan hanya menaiki bas.. Setibanya kembali di rumah bapa saya akan cuci ayam dan buat semua persediaan untuk membuat sate.. Bapa saya juga masak makanan tengahari untuk kami sekeluarga sebelum kami pandai memasak sendiri.. Sehinggakan satu hari saya pernah termakan asam pedas puntung rokok.. Mungkin sampai sekarang dia tak perasan bila puntung rokoknya hilang..hehehe..Ibu saya pula berkerja sebagai guru tadika untuk membantu bapa saya menampung kehidupan.. Apabila semua persiapan membuat sate siap bapa saya akan berehat sekejap sebelum dia ke kebun pula untuk mengusahakan tanah terbiar.. Bapa saya memang jenis yang tidak bergantung kepada kebun felda sahaja.. Ketika itu dia telah melakukan pelbagai kerja setiap hari.. Bapa saya akan pulang sebelum pukul5 petang untuk berniaga sate pula.. Bapa saya akan berniaga sehingga pukul2 pagi dan kadang kala sehingga pukul4 pagi.. Alhamdulillah ketika itu tidak ramai peniaga dan hasil jualan sangat banyak..Kadangkala bapa saya berdiri lebih 5 jam sehari tanpa duduk untuk membakar sate.. Begitulah rutin harian bapa saya.. Balik sebelum subuh dan selepas Subuh sudah keluar berkerja semuala selama kebih 30 tahun..

Alhamdulillah.. Sekarang hasilnya kami adik-beradik mampu hidup berdikari.. Tapi yang sedih apabila sampai waktu untuk bapa saya berehat.. Dia sudah tidak larat dan sudah mengidapi pelbagai penyakit..

Saya sentiasa bangga dengan bapa saya.. Saya sering cerita kepada anak-anak saya pengorbanan bapa saya.. Saya harap saya boleh jadi seperti bapa saya dan membanggakan bapa saya..



Doakan bapa saya selamat dan sihat.. Aamiin..

Sekian..

Thursday, May 28, 2020

8 November 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tarikh di atas merupakan tarikh terakhir saya membuat posting..


InsyaAllah.. Saya akan menulis semula selepas ini..


Hehehe..

Saturday, November 8, 2014

Alhamdulillah Syukur...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
di sini sekali lagi nak melahirkan rasa syukur..
sebelum ni masih berdebar...walaupon dapat negeri sembilan..tapi takot kena daerah yang jauh..
namun setelah keputusan penempatan dikeluarkan...
sangat-sangat lah bersyukur..
kalau tengok rentetan gambar dibawah..mesti tau kenapa bersyukur yang teramat..

keputusan penempatan..

jarak perjalanan dari rumah ke sekolah lama 82.3km (paling dekat)

jarak dari rumah ke sekolah baru 1.5km sahaja



Tuesday, November 4, 2014

Muiz Demam Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
al-kisah semalam...tiba-tiba nak balik dapat tahu muiz demam..
terus bergegas ke klinik bahau...tunggu mak dia hantar dari rumah..
sekali sampai memang dah lebik..tak nak makan..tak nak minum..
kat klinik try bagi makan..dia makan sosej sikit dan air kotak..terus muntah kat situ juga..
padahal malam tu dia aktif seperti biasa tiada tanda-tanda nak demam..
bila nama kena panggil..masuk dalam check...dah 39darjah celcius...
apalagi..Dr pon masukan ubat peluru..balik rumah terus mandikan...hilang sikit panas...tapi die terus tido..
malam pon tak makan..minum air masak sikit je...bila minum susu muntah semula..
lepas minum ubat tidur semula..
pagi tadi pon masih panas lagi..harap dia tak apa-apa la..
risau musim-musim denggi ni..minta dijauhkan la..

Saturday, November 1, 2014

Alhamdulillah...akhirnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul menyepikan..tapi kami datang dengan kegembiraan..
Alhamdulillah setelah 3 tahun akhirnya berjaya..
tak tau nak kata apa..bersyukur sangat..
dan terima kasih kepada semua yang berdoa secara lansung dan tidak langsung..
terima kasih..

Wednesday, October 15, 2014

Budget oh budget..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul tak update..terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah..
sukan tahunan..ulangan UPSR dan lain-lain..
tahun ni jadi penganjur sukan gabungan..lagi la banyak tugasan..

baiklah...merujuk kepada tajuk di atas..bersempena dengan pembentangan budget negara..
aku juga ingin membentangkan budget keluarga untuk tahun 2015 (budget best je..)
bermula dengan sumber yang tidak menentu..
walaupon terdapat kenaikan gaji sebanyak RM225 pada bulan oktober..namun budget masih berlari-lari lagi..
di atas kertas budget sentiasa tak cukup..namun syukur kehadrat Illahi setiap bulan sampai ke penghujungnya..
belum terjadi lagi kes tak makan...(makan free hari-hari...hehehe..)

apa yang masih menjadi masalah ialah apabila...rumah baru dah mula bayar dan penjualan rumah lama belum selesai...kena bayar rumah baru dan tambah duet untuk bayar rumah lama..(kadar sewa separuh dari bayaran rumah..)

sekian sahaja untuk kali ini...hehehehe...

Wednesday, October 1, 2014

Demam Berpanjangan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama tak update sebab demam yang panjang..
ni pon belum 100% sihat..
tapi takpakan..demam dan sakit penghabus dosa kan..hehehe..

22sept sukantara pukul 2 petang..
23sept datang sekolah..pagi rasa ok lagi..makin naik matahari makin sakit kepala..langsung tak boleh..siap minta kebenaran tak masuk meeting petang..
24&25sept MC tidur je..kepala sangat sakit
26sept cuti jumaat tidur kepala masih sakit
27sept sekolah ganti pula..masih tak sihat..
28sept sekolah seperti biasa walaupon tak sihat
29sept masih selsema pergi lawat pusat UPSR
30sept dalam selsema jaga UPSR
1okt...petang sukan lagi...nasib tak panas sangat..asyik terbersin je..

Saturday, September 20, 2014

Perasaan Pelik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Fuhh..lama betul tak update..
Sibuk dengan UPSR sibuk dengan keluarga..
Banyak aktiviti yang dijalankan tapi tak sempat nak cerita..

Tapi dalam minggu ni tiba-tiba terfikir..
Tetiba rasa nak jadi orang yang tidak mengejar dunia..
Orang yang sangat biasa..kerja ala kadar..hidup tanpa fikir susah-susah nak cari kekayaan..
Bangun pagi pergi surau..balik jaga kambing 3-4 ekor..tanam sayur 2-3 baris..tengahari berehat belajar agama..petang kerja sikit-sikit..malam berehat dan beribadat..
Tak perlu pakai kereta mewah..pakai motor buruk je..janji cukup duet isi minyak anta anak ke sekolah..
Tak perlu rumah besar..pondok berteduh je..
Makan apa yang ada..nasi dengan kicap je..

Boleh ke..?Boleh ke..?Boleh ke...?


Sunday, August 24, 2014

Raya : Versi Malas..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul tak update...
malasnya nak menaip..
imbas gambar-gambar raya je la..

2011 : Hadi masih baby..sehari sebelum raya..muiz baru lahir belum keluar wad..

2012 : Muiz setahun beraya di Besut..

2013 : Beraya di Yong Peng..

2014 : Beraya di serata Malaysia..bilangan dah bertambah..dan mungkin bertambah lagi hari ini..

Wednesday, August 13, 2014

Raya Pertama di Yong Peng..

Assalamualaikum...
sempena mood raya-raya ni..
meneruskan usaha upload gambar-gambar raya..
syok sendiri nih..
gambar-gambar ni diambil ketika hari pertama beraya di yong peng..
tapi bukan 1 Syawal...6 Syawal..hehehe..

Jamuan Raya...selepas sesi bergambar...hehehe...

Gambar skema..

Gambar tak skema..

Kameraman pon nak masuk...

Gambar poyo..

Tuesday, August 12, 2014

Raya Seri Semangat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama betul tak update..sibuk berkursus dan berbengkel..
rasanya belum habis Syawal lagi..
masih mood rasa..
sedikit imbasan raya di Seri Semangat di hari ke-5 Syawal...
suasana macam dah abis raya...kitorang sekeluarga je yang masih dalam mood raya..

Posing belakang kereta..Muiz terlihat sesuatu..

Peh...nampak habuk..dia pon mula menulis..

Jalan raya dah lengang..dah takda orang beraya..

Tinggal budak-budak ni je yang nak beraya..

Duduk kat tembok tepi longkang..ala-ala rocker 80-an..

Macam penat je...padahal tak berjalan ke mana-mana pon..



Wednesday, August 6, 2014

Raya ke-3 :Balik N9

Assalamualaikum..
hari ni dah raya ke berapa ye?
hehehe..lambat betul update...baru nak cerita pasal hari ke-3..
hari ke-3 hmmmmm....sepanjang hari atas jalan...
jertih-besut-setiu-kuantan----->jempol...
sampai juga..dalam pukul 10.00 malam baru sampai..dari pagi tu..
bergambar masa nak bertolak je...pahtu takde dah...

Hadi mengintai game yang Muiz main...

Muiz nak main game..Hadi paksa tengok kamera..

Sunday, August 3, 2014

Hari ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sambung cerita raya hati ke-2..
apa yang paling memenatkan..? bukan beraya..tapi kereta terbenam..
setelah cuba berusaha dan memanggil jiran tetangga akhirnya hampir 2 jam ..berjaya keluar..
kedua-dua tayar depan tenggelam..enjim dah sangkut atas tanah..
inilah manusia..bila bekerja..ingat..manusia lain tak nampak tapi tuhan nampak..

rumah tu memang kita guna waktu raya sahaja..jadi semasa kerja-kerja membetulkan paip bawah tanah di depan rumah tu...takda la orang nampak apa yang dibuat...masa parking tanah keras..bila malam hujan..siang hari nak gi beraya terus sangkut..abis baju raya basah peluh..dah lah bawah mata hari..

berikut beberapa gambar sejurus sebelum tersangkut..
*****semasa tersangkut tak terfikir nak ambil gambar...


bergembira nak beraya..sebelum berpeluh...




 Gambar-gambar setelah siap berdandan..hehehe...






****untuk ambil gambar anak-anak memang susah..dalam setiap masa mesti ada yang meragam..

Saturday, August 2, 2014

Satu Syawal...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sesungguhnya raya ini sangat sibuk..
baru ada masa nak update blog..
dikesempatan ini kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan silap...

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin..

 
orang pertama siap di pagi syawal..excited betul nak beraya..



Muiz buat perangai tak nak pakai baju raya..dari beli testing pon tak nak..

Khairina pon buat hal..merengek je..tak dapat ambil gambar keluarga dengan baik...

Muiz masih tak mahu tukar baju melayu...

 
Khairina dah ok..wahidah pulak buat hal...

bukan penat beraya..penat bermain kat rumah...belum sampai rumah pertama dah tertidur..

abah pon layan tidur...penat...

 
dua orang yang selalu di buli membuli alik semasa pembuli tidur..



Wednesday, July 16, 2014

Testing Baju Raya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama betul tak update...memang agak sibuk dan tak berkesempatan..
semalam gi beli baju melayu dan baju kurung sorang sepasang...
boleh pulak diorang request nak buka di pizza,kfc atau mb..
so pilih la mb...hehehe...
sampai rumah terus test..
hadi tak larat bangun...kenyang dan mengantuk...main je kerjenya kat kedai baju..

hadi tak larat..dua lagi nak posing-posing..

orang sibuk pilih baju raya..dia sibuk pilih baju ultraman..jam-jam tu juga nak pakai...puas ati dapat pakai terus kat kedai...


Saturday, July 5, 2014

reuse reduce recycle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dengan kekalahan Belgium awal pagi tadi..
maka berakhirlah sudah pengharapan untuk melihat kuasa baru dalam kancah bola sepak dunia...hehehe..

tapi cerita hari ini bukan tentang Belgium atau piala dunia..
tapi tentang bilik tidur budak-budak ni..

ini antara karya-karya amatur yang dapat dipetik..hehehe..
cantik boleh puji...tak cantik jangan keji mahupun kecam...hehehehe...

Katil Hadi dan Muiz daripada katil lama Wahidah dan Khairina yang berwarna pink..dah spray merah..

Almari lama biru dan baru merah...tema bilik budak lelaki warna asas..

Katil puteri-puteri..cadar sementara..belum jumpa yang pink...

Almari baru yang tinggi dan lama yang rendah..harap tak kena conteng..hehehe..



Tuesday, July 1, 2014

Lubang Tikus...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
di dalam kemuliaan bulan Ramadhan ini kekadang rasa nak naik angin juga..
bila pokok ditanam...dibaja...dan dijaga...
namun hasilnya orang lain yang tuai..

Laluan pencuri di pagar belakang kebun...patut la abis kelapa tua...

Lantak dia la kan..dia yang curi dia yang tanggung..walau apa pun puasa harus di teruskan...hehehe..
ni gambar 1 Ramadhan yang tak sempat upload hari tu..

Muiz cuba nak petik sendiri..

Muiz mengangkat kelapa dengan sedaya-upaya..

Peace kat kebun..

Nak bergambar pegang kelapa..tak sampai..terpaksalah khairina dukung..



COVID19 Bukan Pilihan: Projek Pigeon Hole.

=================== COVID19 Bukan Pilihan. =================== Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin mengulas...